PERJANJIAN PELANGGAN BOINGO WIRELESS, INC. (BERSESAMA DENGAN DASAR PENGGUNAAN MUNASABAH) DAN PERJANJIAN LESEN PENGGUNA AKHIR

Dokumen ini terdiri daripada Perjanjian Pelanggan, Dasar Penggunaan Munasabah (“DPM”) dan Perjanjian Lesen Pengguna Akhir (“PLPA”) (Perjanjian Pelanggan, DPM dan PLPA secara kolektifnya, “Perjanjian”) untuk perkhidmatan-perkhidmatan Boingo. Perjanjian pelanggan dan DPM (secara kolektifnya, “Perjanjian Perkhidmatan”) berkuatkuasa keatas anda jika anda menggunakan perkhidmatan Boingo Wireless Inc. (“Boingo”). Perjanjian Perkhidmatan dan PLPA berkuatkuasa ke atas anda jika anda memuat turun atau menggunakan mana-mana perisian yang dicipta, dilesenkan atau perisian bersepadu (“Perisian Boingo”) di Amerika Syarikat dan wilayah-wilayahnya. Sila kaji dengan teliti Perjanjian ini. Perjanjian Pelanggan dan Dasar Penggunaan Munasabah Perjanjian Pelanggan dan Penggunaan Polisi Munasabah (secara kolektifnya, “Perjanjian Perkhidmatan”) adalah satu perjanjian yang mengikat secara undang-undang antara anda (“Pelanggan” atau “anda”) dan Boingo Wireless, Inc. (“Boingo” atau “kami” atau “kita”). Boingo menyediakan perkhidmatan Boingo WI-FINDER, Boingo UNLIMITED, Boingo UK DAN IRELAND, Boingo EUROPE PLUS, Boingo ASIA PACIFIC, Boingo GLOBAL, Boingo ASYOUGO, Boingo MOBILE, dan perkhidmatan akses Internet tanpa wayar Boingo SKYPE ACCSES, serta INTERNET Boingo BROADBAND, DVR AND TV SERVICE, sepertimana ianya diwujudkan dari semasa ke semasa (“Perkhidmatan”), kepada pelanggan yang membuka akaun. Anda mestilah berumur sekurang-kurangnya 18 tahun untuk membuka akaun. Dengan membuka atau menggunakan akaun dengan Boingo, dan/atau menggunakan Perkhidmatan ini, anda bersetuju untuk terikat dengan Perjanjian Perkhidmatan ini dan menggunakan Perkhidmatan dengan mematuhi Perjanjian Perkhidmatan ini dan dasar Boingo lain yang disiarkan di Laman Web Boingo, termasuk PLPA (jika anda menggunakan Perisian Boingo), dasar privasi kami (yang terkandung di URL yang dinyatakan di bawah tajuk “Dasar Privasi” di bawah) dan syarat-syarat penggunaan Laman Web (terkandung di , dan digabungkan di sini melalui rujukan ini). Sekiranya berlaku apa-apa percanggahan di antara terma-terma dan Perjanjian Perkhidmatan ini, syarat-syarat Perjanjian Perkhidmatan ini hendaklah terpakai. Anda perlu mencetak dan menyimpan salinan Perjanjian Perkhidmatan ini untuk rujukan anda di masa depan. SILA BACA PERKHIDMATAN PERJANJIAN INI DENGAN TELITI SEBELUM MEMBUKA AKAUN BOINGO DAN/ATAU MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN INI. DENGAN MEMBUKA AKAUN ATAU MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN INI, ANDA BERSETUJU UNTUK TERIKAT DENGAN PERJANJIAN PERKHIDMATAN INI. JIKA ANDA TIDAK BERSETUJU DENGAN SEMUA TERMA DAN SYARAT PERJANJIAN PERKHIDMATAN INI, ANDA TIDAK BOLEH MENDAFTAR UNTUK MEMBUKA AKAUN ATAU MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN INI DAN ANDA HARUS KELUAR DARIPADA PROSES PENDAFTARAN BOINGO, JIKA IA TELAH DIMULAKAN. JIKA TERMA-TERMA INI DIANGGAP SEBAGAI TAWARAN, PENERIMAAN ADALAH SECARA JELAS TERHAD KEPADA TERMA-TERMA TERSEBUT. UNTUK PELANGGAN YANG BERMASTAUTIN DI DALAM UK Perjanjian Pelanggan ini adalah satu perjanjian yang mengikat secara undang-undang di antara anda (entiti atau individu) (“Pelanggan” atau “Anda”) dan Concourse Communications UK Limited, didagangkan sebagai Boingo (“Boingo” atau “kami” atau “kita”), sebuah syarikat yang didaftarkan di England dan Wales bernombor syarikat 07118962 dan berpejabat berdaftar di 5 New Street Square, London, EC4A 3TW, United Kingdom, dan beralamat perdagangan utama di Building 3, 566 Chiswick High Road, London, W4 5YA, United Kingdom. Nombor VAT kami adalah 985424877. UNTUK PELANGGAN YANG BERMASTAUTIN DI DALAM BRAZIL Jika anda berada di Brazil, akaun anda tetap dengan Boingo, tetapi pembekal khidmat anda adalah CONCOURSE TELECOMUNICAÇÕES BRASIL LTDA. Yang beribupejabat di Avenida Marginal do Rio Pinheiros, 5200, Pusat Perniagaan Amerika, Morumbi, Kota São Paulo, Negeri São Paulo, CEP 05693-000, pemegang CNPJ/PT nº. Dasar Privasi Jika anda berada di luar Kesatuan Eropah, dasar privasi AS kami (terkandung di di ) adalah terpakai dan digabungkan di sini dengan rujukan ini.
  1. Pembekal Melainkan dinyatakan sebaliknya, Perkhidmatan ini akan dibekalkan oleh Boingo, sebuah syarikat Delaware Corporation yang mempunyai alamat utama perniagaan di Boingo Wireless, Inc., 10960 Wilshire Boulevard, Tingkat 23, Los Angeles, California 90024, Amerika Syarikat.
  • Boingo menyediakan perkhidmatan Boingo AsYouGo, Boingo UK and Ireland, Boingo Europe Plus, Boingo Asia Pacific, Boingo Global, Boingo 1HR, Boingo Mobile, Boingo Wi-Fi Credits, Boingo Broadband Internet, dan perkhidmatan Boingo Broadband TV (setiap satunya adalah “Pelan Perkhidmatan”), kepada pelanggan yang membuka akaun dengan Boingo dan memesan mana-mana Pelan Perkhidmatan. Butir-butir setiap Pelan Perkhidmatan dinyatakan di dalam huraian pelan di Laman Web. Boingo Unlimited tidak boleh dibeli di UK. Melainkan dinyatakan sebaliknya, Perkhidmatan yang dibekalkan adalah disediakan oleh Boingo. Sebagai sebahagian daripada beberapa Perkhidmatan, Boingo berhak membekalkan anda perisian tertentu atau Perisian Boingo yang diperlukan untuk mengakses Pelan Perkhidmatan yang berkaitan, bersama-sama dengan dokumentasi yang berkaitan dan apa jua kemaskini terbaru untuk perisian tersebut yang dikeluarkan oleh kami dari semasa ke semasa (kesemuanya, “Perisian”).
  1. Kewajipan dan Maklumat Perhubungan
  • Anda perlu (i) memberikan Boingo maklumat bil yang tepat dan lengkap termasuk nama yang sah, alamat, nombor telefon, dan maklumat bil, dan (ii) laporkan kepada Boingo apa-apa perubahan kepada maklumat ini dalam tempoh 30 hari dari tarikh pertukaran tersebut. Anda boleh membayar untuk Perkhidmatan (kecuali Internet Jalur Lebar dan TV Jalur Lebar) dengan menggunakan Paypal (di mana Paypal diterima). Jika anda membayar untuk Perkhidmatan melalui PayPal, anda akan tertakluk kepada dan dikawal oleh Syarat Perkhidmatan PayPal, yang terkandung di laman web PayPal https://www.paypal.com dan Perjanjian Perkhidmatan ini. Anda bertanggungjawab untuk apa jua caj yang dikenakan ke atas akaun anda. Jika anda mempunyai soalan mengenai caj kepada akaun anda, anda perlu menghubungi Jabatan Khidmat Pelanggan Boingo di boingo.com/boingo-support.php.
  • Kecuali sepertimana yang dikehendaki oleh undang-undang, sebaik sahaja pesanan anda dimuktamadkan, anda tidak boleh membatalkannya sebelum akhir tempoh langganan yang telah anda minta, kecuali perkhidmatan kami secara substantif tidak selaras dengan Perjanjian Perkhidmatan ini dan ianya melayakkan anda di bawah peraturan undang-undang biasa untuk menamatkan langganan Anda boleh mencegah langganan bulanan anda daripada diperbaharui secara automatik untuk tempoh selanjutnya dengan memaklumkan kepada kami bahawa langganan anda yang sekarang ini akan berakhir mengikut Seksyen 18(a).
  • Segala caj akan dibilkan kepada kad kredit atau kad debit atau akaun PayPal anda setiap bulan untuk pelan perkhidmatan yang berkaitan dan mana-mana penggunaan atau perkhidmatan tambahan. Boingo tidak bertanggungjawab bagi mana-mana caj atau perbelanjaan (contohnya, untuk akaun melebihi had, melebihi had kad kredit, dana PayPal tidak mencukupi, dan lain-lain) akibat daripada caj yang dibilkan dengan betul oleh Boingo. Jika anda tidak membuat pembayaran amaun wang yang perlu dibayar kepada kami tepat pada masanya, kami berhak menggantung atau menamatkan akses anda kepada Perkhidmatan dan mengenakan caj bayaran lewat dan/atau kos kutipan. Walau bagaimanapun, langganan caj perkhidmatan dan caj bayaran lewat akan terus terakru sehingga anda atau kami membatalkan akaun; dengan syarat caj bayaran lewat tidak akan melebihi had undang-undang yang berkaitan. Semua caj dianggap sah melainkan jika anda mempertikaikan secara bertulis dalam tempoh 60 hari dari tarikh bil. Pelarasan tidak akan dibuat untuk caj yang telah melebihi daripada 60 hari.
  • Langganan bulanan anda akan diperbaharui secara automatik untuk tempoh langganan yang anda pilih ketika pendaftaran melainkan anda memaklumkan kepada kami (mengikut Seksyen 18(a)) sebelum akhir tempoh langganan bahawa anda tidak mahu langganan diperbaharui, atau jika kami tidak lagi menyediakan Walau apa pun yang tersebut di atas, akaun Boingo ASYOUGO dan akaun BOINGO BROADBAND INTERNET AND TV tertentu adalah jenis akaun yang tidak berulang dan tidak akan diperbarui secara automatik.
  • Butiran segala caj bagi setiap Perkhidmatan adalah seperti yang dinyatakan di dalam penerangan pelan di Laman Web ini. Jika terdapat kesilapan dalam penentuan harga di Laman Web ini, kami kemudiannya, ketika kami menerima pesanan anda, akan mengirim email kepada anda dan memaklumkan harga yang betul dan memberikan anda masa untuk meneruskan langganan Perkhidmatan pada harga yang telah dikemaskini atau anda boleh mengambil keputusan untuk tidak meneruskan langganan.
  1. Pembelian Kredit Boingo Wi-Fi di iTunes Pelanggan boleh membeli Boingo Wi-Fi Credits menggunakan akaun iTunes mereka. Pembayaran untuk Perkhidmatan Boingo Wi-Fi Credits oleh Pelanggan hendaklah tertakluk kepada dan dikawal oleh Terma dan Syarat Apple iTunes dan ianya terkandung di http://www.apple.com/legal/itunes/us/terms.html dan Perjanjian Perkhidmatan ini; dengan syarat seksyen-seksyen yang berikut yang terkandung di dalam Perjanjian Perkhidmatan ini adalah tidak terpakai kepada Pelanggan Boingo Wi-Fi Credits: Seksyen 2(a), Seksyen 2(b), Seksyen 2(c), Seksyen 2(d), Seksyen 9, Seksyen 10 dan seksyen 18(a).
  2. Pembayaran Perkhidmatan Menggunakan Skype Credit Anda boleh membuat pembayaran untuk Perkhidmatan (kecuali Boingo Broadband Internet dan Boingo Broadband TV) dengan menggunakan “Skype Credit.” (di mana ianya diterima) Jika anda membuat pembayaran untuk Perkhidmatan melalui Skype, anda akan tertakluk kepada dan dikawalselia oleh Syarat Perkhidmatan Skype, yang terkandung di http://www.skype.com/intl/en-gb/legal/terms/voip/#payment_issues, dan Perjanjian Perkhidmatan ini; dengan syarat seksyen-seksyen yang berikut di dalam Perjanjian Perkhidmatan ini tidak terpakai kepada Pelanggan Boingo Skype Access: Seksyen 2(a), Seksyen 2(b), Seksyen 2(c), Seksyen 2(d), Seksyen 9, Seksyen 10, Seksyen 12 dan Seksyen 18(a).
  3. BOINGO ASYOUGO & BOINGO EXHIBITOR Jika anda melanggan BOINGO ASYOUGO atau BOINGO EXHIBITOR, kami akan mengenakan bayaran ke akaun PayPal, kad kredit atau kad debit anda untuk penggunaan Perkhidmatan. Boingo tidak bertanggungjawab ke atas mana-mana caj atau perbelanjaan (contohnya, untuk akaun melebihi had, melebihi had kad kredit, dana PayPal tidak mencukupi, dan lain-lain) akibat daripada caj yang betul yang dibilkan oleh Boingo. Semua caj dianggap sah melainkan dipertikaikan secara bertulis dalam tempoh 60 hari dari tarikh bil. Pelarasan tidak akan dibuat untuk caj yang melebihi 60 hari. Di samping itu, bahagian-bahagian Perjanjian Perkhidmatan berikut ini tidak terpakai kepada Boingo AsYouGo dan Boingo Exhibitor: Seksyen 2(b), Seksyen 2(c), Seksyen 2(d) dan Seksyen 18(a).
  4. Lokasi dan Penggunaan Tidak semua titik-titik akses untuk menggunakan Perkhidmatan atau tempat-tempat yang aktif adalah tersedia setiap masa.
  1. BOINGO GLOBAL. Langganan BOINGO GLOBAL adalah terhad kepada 2,000 minit penggunaan di dalam Perkhidmatan ini di dalam mana-mana kitaran bil bulanan. Jika anda menggunakan lebih daripada 2,000 minit untuk Perkhidmatan ini di dalam mana-mana kitaran bil bulanan, kami berhak menggantung akaun anda sehingga bulan bil yang seterusnya, atau menamatkan akaun BOINGO GLOBAL anda di atas budi bicara kami.
  1. BOINGO ECHIBITOR. Pelanggan boleh melanggan BOINGO EXHIBITOR untuk kegunaan khusus di ruang pameran pusat-pusat konvensyen dan tempat-tempat persidangan yang lain dan haya ketika berlangsungnya pameran, persidangan atau acara Anda boleh menggunakan Perkhidmatan BOINGO EXHIBITOR anda pada tidak lebih daripada satu (1) Peranti untuk tempoh 24 jam. Di samping itu, sesi daftar masuk yang serentak tidak dibenarkan, dan daftar masuk tambahan akan dikenakan caj tambahan pada kadar semasa untuk dewan pameran tersebut.
 
  1. Mengakses Rangkaian Pihak Ketiga melalui Boingo Wi-Finder
  1. Boingo memiliki beberapa rangkaian hotspot Wi-Fi di seluruh dunia, dan Boingo juga mempunyai rangkaian rakan-rakan kongsi yang anda boleh akses kerana ianya sebahagian daripada langganan Boingo anda (secara kolektifnya, “Rangkaian Wi-Fi Boingo”). Kami sedang berusaha untuk meningkatkan skop jangkauan Rangkaian Wi-Fi Boingo. Walau bagaimanapun, oleh kerana Perkhidmatan kami bersifat global, terdapat beberapa tempat di mana anda tidak boleh mengakses Rangkaian Wi-Fi Boingo. Di tempat-tempat ini, anda akan biasanya harus secara manual mencari rangkaian yang ada, dan, jika perlu, memberikan persetujuan kepada syarat perkhidmatan pihak ketiga atau perjanjian klik-lintas yang Sebagai alternatif, anda boleh dibenarkan untuk menyambung kepada rangkaian Wi-Fi lain menggunakan aplikasi Boingo Wi-Finder jika anda bersetuju dengan syarat-syarat yang mengawalselia penggunaan aplikasi ini.
  1. Jika anda berada di kawasan di mana anda tidak boleh mengakses Rangkaian Wi-Fi Boingo, aplikasi Boingo Wi-Finder mengimbas secara automatik mana-mana lokasi hotspot percuma atau berbayar. Ada diantara lokasi-lokasi hotspot tersebut dikendalikan oleh pihak ketiga yang tidak bersesama dengan Boingo. Dalam keadaan tertentu, pihak-pihak ketiga ini mungkin memerlukan anda untuk memberikan persetujuan kepada perjanjian pengguna, terma perkhidmatan atau lain-lain kontrak klik-lintas (“TP”) sebelum anda dibenarkan untuk menggunakan hotspot atau rangkaian mereka.
  1. Saat pertama kali anda tidak berada di dalam kawasan di mana anda boleh mengakses Rangkaian Wi-Fi Boingo, satu tetingkap akan muncul dengan dua pilihan. Jika anda memilih pilihan pertama, anda secara automatik akan disambungkan kepada rangkaian Wi-Fi pihak ketiga yang tidak memerlukan anda untuk menerima TP mereka sebelum anda dibenarkan untuk menggunakan perkhidmatan. Jika anda memilih pilihan kedua, aplikasi Boingo Wi-Finder secara automatik akan memberikan persetujuan kepada semua TP bagi pihak anda.
  1. Aplikasi Boingo Wi-Finder tidak mengkaji syarat-syarat TP atau membuat sebarang penilaian lain; ia hanya memberikan persetujuan bagi pihak anda. Oleh itu, anda akan memberikan persetujuan kepada syarat-syarat yang anda dan juga Boingo belum pernah mengkajinya. Sila berhati-hati dalam mempertimbangkan sama ada anda ingin menggunakan aplikasi Boingo Wi-Finder atau terus mencari secara manual untuk rangkaian yang tersedia. Penerimaan TP tanpa membacanya terlebih dahulu dan penyambungan secara automatik ke rangkaian yang tidak anda dan juga kami tahu apa-apa mengenainya, adalah sesuatu yang berisiko. Sila lihat bahagian Soalan Lazim kami untuk maklumat lebih lanjut tentang sama ada anda ingin menggunakan aplikasi Boingo Wi-Finder di: https://www.boingo.com/boingo-faq.php. Anda bersetuju bahawa anda menggunakan semua perisian Boingo yang disediakan di atas tanggungan risiko anda sendiri.
  1. PENGGUNAAN MANA-MANA HOTSPOT ATAU RANGKAIAN PIHAK KETIGA AKAN DIKAWALSELIA OLEH TP PIHAK KETIGA SERTA PERJANJIAN PERKHIDMATAN INI. PERLU DIINGAT BAHAWA JIKA ANDA MEMILIH UNTUK MENGEKALKAN KONFIGURASI APLIKASI BOINGO WI-FINDER UNTUK SECARA AUTOMATIK MENERIMA TP BAGI PIHAK ANDA, ANDA (DAN BUKAN BOINGO) AKAN MEMBERIKAN PERSETUJUAN KEPADA TP DENGAN MANA-MANA PEMBEKAL PERKHDMATAN WI-FI PIHAK KETIGA. PEMBEKAL PERKHIDMATAN WI-FI PIHAK KETIGA BERHAK MENGGANTUNG ATAU MENAMATKAN PENGGUNAAN ANDA SETELAH ANDA MENERIMA TERMA DAN SYARAT MEREKA.
  1. DENGAN MEMBERIKAN KEBENARAN KEPADA BOINGO UNTUK MEMBERIKAN PERSETUJUAN KEPADA TP PIHAK KETIGA BAGI PIHAK ANDA, ANDA MENERIMA SEMUA TANGGUNGAN LIABILITI YANG TIMBUL DARIPADA PENGGUNAAN HOTPSOT DAN RANGKAIAN PIHAK KETIGA.
  1. Had Peranti Penggunaan Perkhidmatan mungkin terhad dari segi bilangan dan jenis peranti yang digunakan untuk mengakses Perkhidmatan sepertimana yang diterangkan di bawah. Bagi maksud Perjanjian Perkhidmatan ini, “Peranti Mudah Alih” adalah semua peranti elektronik mudah alih, seperti telefon bimbit, pemain mp3, alat-alat permainan elektronik mudah alih, kamera, tablet dan telefon bimbit VoIP, tetapi tidak termasuk komputer riba dan komputer bimbit. Peranti mudah alih, komputer riba dan komputer bimbit adalah dirujuk secara kolektif sebagai “Peranti”. Jika anda tidak mematuhi had bilangan peranti dan/atau jenis had yang telah dikenakan, kami berhak menggantung penggunaan akaun anda sehingga pengebilan bulan seterusnya, menamatkan akaun anda, atau mengenakan bayaran tambahan.
  • BOINGO UNLIMITED
  1. Peranti(-Peranti). Empat (4) Peranti dibenarkan. Akses untuk Peranti tambahan boleh dibeli dengan bayaran bulanan tambahan. Maksimum 5 Peranti untuk setiap akaun.
  1. Pengguna(-Pengguna) Yang Dibernarkan. Pemegang akaun dan pemilik(-pemilik) mana-mana peranti yang telah didaftarkan di dalam
  • BOINGO UK AND IRELAND
  1. Peranti(-Peranti). Empat (4) Peranti dibenarkan. Akses untuk Peranti tambahan boleh dibeli dengan bayaran bulanan tambahan. Maksimum 5 Peranti untuk setiap akaun.
  1. Pengguna(-Pengguna) Yang Dibenarkan. Pemegang akaun dan pemilik(-pemilik) mana-mana peranti yang telah didaftarkan di dalam akaun.
  1. BOINGO ASIA PACIFIC
  1. Peranti(-Peranti). Empat (4) Peranti dibenarkan. Akses untuk Peranti tambahan boleh dibeli dengan bayaran bulanan tambahan. Maksimum 5 Peranti untuk setiap akaun.
  1. Pengguna(-Pengguna) Yang Dibenarkan. Pemegang akaun dan pemilik(-pemilik) mana-mana peranti yang telah didaftarkan di dalam akaun.
  1. BOINGO EUROPE PLUS
  1. Peranti(-Peranti). Empat (4) Peranti dibenarkan. Akses untuk Peranti tambahan boleh dibeli dengan bayaran bulanan tambahan. Maksimum 5 Peranti untuk setiap akaun.
  1. Pengguna(-Pengguna) Yang Dibenarkan. Pemegang akaun dan pemilik(-pemilik) mana-mana peranti yang telah didaftarkan di dalam akaun.
  1. BOINGO GLOBAL
  1. Peranti(-Peranti). Empat (4) Peranti dibenarkan.
  1. Pengguna(-Pengguna) Yang Dibenarkan. Pemegang akaun dan pemilik(-pemilik) mana-mana peranti yang telah didaftarkan di dalam akaun.
  1. BOINGO ASYOUGO
  1. Peranti(-Peranti). Tiada had, tetapi anda akan dikenakan bayaran tambahan untuk setiap peranti tambahan yang anda gunakan selain daripada peranti yang pertama.
  1. Pengguna(-Pengguna) Yang Dibenarkan. Tiada had.
  1. BOINGO MOBILE
  1. Peranti(-Peranti). Empat (4) Peranti Mudah Alih dibenarkan.
  1. Pengguna(-Pengguna) Yang Dibenarkan. Pemegang akaun sahaja.
  1. BOINGO WI-FI COMBO
  1. Peranti(-Peranti). Empat (4) Peranti dibenarkan.
  1. Pengguna(-Pengguna) Yang Dibenarkan. Pemegang akaun sahaja.
  1. BOINGO WI-FI CREDITS
  1. Peranti(-Peranti). Perkhidmatan adalah terhad kepada Peranti yang digunakan untuk membeli kredit.
  1. Pengguna(-Pengguna) Yang Dibenarkan. Tiada had.
  1. BOINGO iOS MONTHLY
  1. Peranti(-Peranti). Perkhidmatan adalah terhad kepada Peranti(-Peranti) yang anda daftarkan di akaun iTunes anda.
  1. Pengguna(-Pengguna) Yang Dibenarkan. Tiada had.
  1. BOINGO SKYPE ACCESS
  1. Peranti(-Peranti). Tiada had.
  1. Pengguna(-Pengguna) Yang Dibenarkan. Tiada had.
  1. BOINGO EXHIBITOR
  1. Peranti(-Peranti). Satu (1) Peranti, dan anda akan dikenakan bayaran tambahan untuk setiap peranti tambahan yang anda gunakan selain daripada peranti Tiada peruntukan untuk sesi serentak di pelbagai Peranti, tanpa mengira caj yang dikenakan.
  1. Pengguna(-Pengguna) Yang Dibenarkan. Pemegang akaun sahaja.
  2. BOINGO BROADBAND INTERNET AND/OR TV
  1. Peranti(-Peranti). Tiga (3) Peranti, bersama satu (1) kotak penerima signal digital. Akses serentak tidak dibenarkan untuk perkhidmatan TV.
 
  1. Pengguna(-Pengguna) Yang Dibenarkan. Pemegang akaun sahaja.
  1. Bagaimana Akaun Langganan Anda Dimuktamadkan Pelawaan kami kepada anda untuk melanggan Perkhidmatan adalah bukan suatu “tawaran” oleh kami untuk menjual langganan pada harga yang tertera di Laman Web Boingo di www.boingo.com (“Laman Web Boingo”). Sebaliknya, apabila anda melengkapkan borang pendaftaran, anda membuat tawaran kepada kami untuk melanggan, yang mana kami berhak menerima atau menolak. Langganan anda dianggap sebagai telah diterima (dan kontrak undang-undang dibuat diantara kedua-dua belah pihak) apabila kami menghantar e-mel pengesahan menerima langganan Jika terdapat kesilapan di dalam penentuan harga langganan di Laman Web Boingo, kemudian apabila kami menerima langganan anda, kami akan mengirim email kepada anda dan menetapkan harga yang betul dan memberi anda masa untuk melanggan pada harga yang telah dikemaskini tersebut atau anda berhak untuk tidak melanggan.
  • Pembayaran Jika pembayaran tidak boleh dikenakan ke akaun PayPal atau kad kredit atau kad debit anda atau caj anda dikembalikan kepada Boingo untuk sebarang sebab, Boingo berhak untuk mengambil tindakan yang perlu dan remedi undang-undang untuk mendapatkan amaun yang perlu dijelaskan oleh anda, menggantung atau menamatkan akses anda kepada perkhidmatan Boingo dan akaun anda, dan menamatkan semua obligasi Boingo yang termaktub di bawah Perjanjian Perkhidmatan ini.
  1. Input Maklumat Yang Tidak Betul Boingo tidak menerima sebarang liabiliti di atas kegagalan anda untuk mematuhi arahan khusus sepertimana yang dinyatakan di Laman Web Boingo atau mana-mana maklumat yang tidak betul yang anda berikan. Anda bertanggungjawab di atas sebarang maklumat yang tidak betul yang telah anda berikan.
  2. Nama dan Kata Laluan Anda
  1. Kecuali BOINGO WI-FI CREDITS, sewaktu pendaftaran, anda akan diberikan nama pengguna, kata laluan dan nombor pengenalan akaun; untuk Boingo Wi-Fi Credits, Perisian akan mengawalselia nama pengguna dan kata laluan anda. Hanya pengguna yang sah, seperti yang dibenarkan di bawah pelan Perkhidmatan yang berkenaan (“Pengguna Yang Dibenarkan”), boleh mengakses akaun Boingo, dan semua penggunaan Perkhidmatan oleh Pengguna Yang Dibenarkan perlu mematuhi Perjanjian Perkhidmatan ini. Pengguna Yang Dibenarkan perlu menggunakan kata laluan hanya untuk mengakses dan menggunakan Perkhidmatan yang telah mereka bayar dan bukan untuk sebarang tujuan lain. Mana-mana pelanggaran Perjanjian Perkhidmatan ini dan mana-mana penggunaan Perkhidmatan oleh individu yang anda telah dedahkan nama pengguna dan/atau kata laluan anda kepadanya, selain daripad Pengguna Yang Dibenarkan, akan dianggap seolah-olah pelanggaran atau penggunaan tersebut telah dilakukan oleh anda, dan tidak akan melepaskan anda dari tanggungjawab di bawah Perjanjian Perkhidmatan ini. Sebarang penggunaan tersebut akan dibayar oleh anda seperti yang dinyatakan dalam Perjanjian Perkhidmatan ini.
  1. Anda mesti rahsiakan kata laluan anda pada setiap masa supaya hanya Pengguna Yang Dibenarkan sahaja boleh mengakses Perkhidmatan melalui akaun anda. Sila maklumkan kepada Boingo segera sekiranya anda mendapati mana-mana penggunaan yang tidak dibenarkan atau kesilapan di dalam operasi kata laluan. Anda bersetuju untuk tidak menggunakan mana-mana kaedah automatik untuk mengelak daripada pemutusan sambungan akibat daripada ketidakaktifan; anda tidak boleh mengekalkan sambungan melainkan dengan cara penggunaan aktif. Anda juga bersetuju untuk tidak memberikan sebarang perkhidmatan maklumat awam melalui sambungan LAN tanpa wayar.
  1. Nama pengguna dan kata laluan anda adalah hakmilik Boingo dan Boingo berhak untuk mengubah atau menggantikannya pada bila-bila masa mengikut budi bicara mutlaknya.
  1. Anda hendaklah memberhentikan penggunaan dan memadam kata laluan daripada mana-mana rekod simpanan anda apabila telah tamat tempoh atau penamatan pendaftaran anda untuk sebarang
  1. Jika anda tidak menggunakan akaun anda untuk tempoh sekurang-kurangnya 18 bulan, kami secara automatik berhak menutup akaun anda, memadamkan maklumat peribadi anda dan melepaskan nama pengguna anda. Dalam usaha untuk memastikan bahawa akaun anda di dalam keadaan baik, sila daftar masuk ke hotspot komersial Boingo sekurang-kurangnya setiap 18 bulan.
  1. Pemantauan Perkhidmatan Boingo tidak berkewajipan untuk memantau Perkhidmatan tetapi secara nyata mempunyai hak untuk berbuat demikian, sepertimana yang diterangkan dengan lebih terperinci di dalam Dasar Privasi kami, sepertimana di pautan di atas. Beberapa versi Perisian mungkin secara automatik akan mengimbas lokasi-lokasi capaian akses Wi-Fi yang berupaya dikesan oleh peranti anda, dan kemudian, dengan menggunakan maklumat ini, menjejaki lokasi fizikal anda untuk menentukan caj yang tepat untuk lokasi di mana anda sedang menggunakan Perkhidmatan ini, untuk memberikan anda maklumat mengenai kawasan hotpost Boingo yang lain di kawasan tersebut, dan/atau memastikan ketepatan penghantaran data dan meningkatkan prestasi keseluruhan Perkhidmatan. Apabila anda memasang dan menggunakan Perisian buat kali pertama, kekunci utama akan dijana secara rawak. Kekunci ini kemudiannya akan digunakan, setiap kali anda mengakses Perkhidmatan, untuk berkomunikasi pada ketika itu diantara Perisian dan pusat pelayan kami.
  2. Peruntukan-Peruntukan Perkhidmatan Kami Jika pelan anda memberikan akses kepada hotspot tanpa wayar di dalam rangkaian Boingo, kami akan berusaha, dengan usaha munasabah, untuk menyediakan kemudahan akses tersebut. Kami tidak memberi jaminan akses tanpa wayar akan disediakan untuk anda di semua lokasi pada setiap masa atau akses akan tersedia pada kadar kelajuan jalur lebar Oleh itu, kami tidak bertanggungjawab jika anda tidak boleh mengakses rangkaian tanpa wayar dan hotspot, atau jika akses jalur lebar bersifat sementara atau pada kelajuan jalur lebar lebih rendah daripada yang dijangkakan. Jika pelan anda memberikan anda akses kepada perkhidmatan IPTV, kami akan berusaha, dengan usaha yang munasabah, untuk menyediakan kemudahan akses tersebut. Kami tidak bertanggungjawab jika anda tidak dapat mengakses mana-mana perkhidmatan IPTV tertentu atau saluran. Kandungan disediakan oleh kotak penerima signal digital, modem dan peralatan lain. Boingo tidak bertanggungjawab di atas sebarang gangguan yang disebabkan oleh penggunaan peralatan tersebut. Selain itu, anda bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan peralatan Boingo di premis anda. Boingo berhak untuk menukar peralatan.
  1. Kecuali Laman Web Boingo dan Perkhidmatannya, Boingo tidak mengawal sebarang bahan, maklumat, produk atau perkhidmatan di Internet atau kandungan TV. Kandungan Internet dan TV mungkin mengandungi bahan-bahan yang belum disunting, ada juga yang terkandung elemen-elemen seksual yang eksplisit dan mengganggu emosi Boingo tidak mempunyai kawalan ke atas dan tidak akan bertanggungjawab untuk bahan-bahan tersebut. Anda mengambil tanggungjawab dan risiko sepenuhnya dengan mengakses kandungan Perkhidmatan dan/atau Internet dan bertanggungjawab sepenuhnya untuk menilai ketepatan, kesempurnaan, dan kegunaan semua perkhidmatan, produk, dan maklumat lain, dan kualiti dan kebolehdagangan semua barangan yang disediakan melalui Perkhidmatan, kandungan TV atau Internet. Anda harus ingat bahawa terdapat risiko keselamatan, privasi dan kerahsiaan yang wujud dalam komunikasi dan teknologi tanpa wayar. Kami tidak memberi apa-apa jaminan yang berkaitan dengan risiko tersebut dan anda mengakui dan bersetuju bahawa anda bertanggungjawab untuk semua penggunaan Perkhidmatan atau mana-mana rangkaian pihak ketiga dan bahawasanya, dengan memilih untuk menggunakannya, anda menerima tanggungan risiko tersebut. Secara khususnya, anda harus sedia maklum bahawa: (a) penghantaran data melalui internet mungkin akan menghadapi kegagalan penghantaran, kesilapan penghantaran atau kerosakan data dan kami tidak memberi jaminan bahawa anda tidak akan mengalaminya; dan (b) jika, bersesama mana-mana Perkhidmatan, kami ada menyediakan fungsi VPN (rangkaian persendirian maya), kami tidak memberi jaminan bahawa VPN tersebut adalah selamat dan pengguna lain mungkin boleh mengesan dan/atau membuat penyambungan kepada VPN tersebut.
  1. Di samping itu, virus dan kod berbahaya lain adalah satu perkara lazim di Internet dan e-mel. Oleh kerana kami tidak mengawal rangkaian dan peralatan lain yang memberikan anda akses kepada pelbagai rangkaian, kami tidak dapat memberikan perlindungan untuk peralatan anda daripada virus dan kami mengesyorkan anda mendapatkan perisian anti-virus terkini dan perisian perisai keselamatan komputer (firewall) untuk melindungi peralatan anda. Memandangkan perkembangan yang berterusan di dalam teknik-teknik baru untuk menceroboh ke atas dan menyerang rangkaian, Boingo tidak menjamin bahawa Perkhidmatan ini (termasuk BOINGO VPN SERVICE) atau mana-mana perisian yang digunakan untuk mengakses Perkhidmatan akan bebas daripada kemungkinan terjejas oleh pencerobohan atau serangan.
  1. Sebarang pengiraan penggunaan data (termasuk pengiraan penjimatan berkaitan dengan data, Wi-Fi atau penggunaan selular) yang disediakan oleh Boingo adalah anggaran sahaja dan tidak harus menjadi sandaran sepenuhnya; pengiraan tersebut mungkin tidak memberi anggaran untuk pelan data individu. Anda harus sentiasa mengesahkan penggunaan data selular, segala caj dan butiran pelan perkhidmatan dengan pembekal perkhidmatan tanpa wayar anda.
  1. Selaras dengan dasar kami untuk terus meningkatkan mutu penawaran perkhidmatan kami, kami berhak untuk melaksanakan perubahan kepada mana-mana Perkhidmatan dan/atau syarat-syarat Perjanjian Perkhidmatan dari semasa ke semasa, dengan syarat kami tidak melaksanakan mana-mana perubahan yang akan mengurangkan mutu perkhidmatan yang akan anda terima tanpa persetujuan anda melainkan ianya diwajibkan demikian di atas sebab-sebab keselamatan, undang-undang atau peraturan. Kami akan sentiasa cuba untuk memberikan anda notis secukupnya di atas mana-mana perlaksanakan perubahan tersebut dengan pemahaman bahawa anda mempunyai pilihan untuk menerima atau membatalkan Kontrak dan, jika berkaitan, Perjanjian Perkhidmatan ini tanpa penalti, dalam mana, anda perlu menghubungi kami melalui salah satu daripada kaedah yang dinyatakan dalam Seksyen 2.
20. Penafian Jaminan dan Had Liabiliti
  1. ANDA SECARA NYATA MEMPERAKUI BAHAWA TERDAPAT RISIKO KESELAMATAN, PRIVASI DAN KERAHSIAAN BERKAITAN DENGAN KOMUNIKASI DAN TEKNOLOGI TANPA WAYAR, DAN BOINGO TIDAK MEMBERIKAN SEBARANG JAMINAN ATAU WARANTI BERKAITAN DENGAN RISIKO TERSEBUT. ANDA JUGA FAHAM DAN MEMPERAKUI BAHAWA INTISARI DAN KANDUNGAN SALURAN BOINGO MUNGKIN TIDAK TERSEDIA PADA SETIAP MASA DAN TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN. BOINGO TIDAK MEMBERIKAN SEBARANG JAMINAN ATAU WARANTI BERKAITAN DENGAN KETERSEDIAAN KANDUNGAN DAN/ATAU SALURAN.
  1. BOINGO BERHAK MEMILIH UNTUK MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN DVR. PERKHIDMATAN DVR ADALAH PERKHIDMATAN YANG DIJUAL SECARA BERASINGAN, PADA KADAR HARGA KAMI YANG BERKUATKUASA PADA MASA INI, DISEDIAKAN KEPADA PELANGGAN YANG MEMPUNYAI PERALATAN YANG BOLEH MENERIMA ISYARAT DVR. PERKHIDMATAN BOINGO DVR MEMBERIKAN ANDA KEUPAYAAN UNTUK MENONTON DAN MERAKAM PROGRAM TELEVISYEN (“KANDUNGAN PIHAK KETIGA”). ANDA MEMAHAMI BAHAWA BOINGO TIDAK MEMBERI JAMINAN KEUPAYAAN UNTUK MENGAKSES ATAU MERAKAM MANA-MANA PROGRAM ATAU SEBARANG DURASI ATAU MANA-MANA PROGRAM YANG DIRAKAM AKAN SENTIASA TERSEDIA UNTUK TONTONAN ANDA. ANDA JUGA MEMPERAKUI BAHAWA KANDUNGAN PIHAK KETIGA ADALAH BAHAN HAKCIPTA TERPELIHARA MILIK PIHAK KETIGA YANG MEMBEKALKANNYA, DILINDUNGI DIBAWAH UNDANG-UNDANG HAKCIPTA DAN UNDANG-UNDANG LAIN DAN TIDAK BOLEH DITERBITKAN SEMULA, DITERBITKAN, DISIARKAN, DITULIS SEMULA ATAU DIEDARKAN TANPA KEBENARAN BERTULIS DARIPADA PIHAK KETIGA YANG MEMBEKALKANNYA, KECUALI SETAKAT YANG DIBENARKAN DI BAWAH PERUNTUKAN “PENGGUNAAN SAKSAMA” UNDANG-UNDANG HAKCIPTA AMERIKA ATAU PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG ASING YANG SETARAF. ANDA BERSETUJU BAHAWA BOINGO TIDAK MENANGGUNG SEBARANG LIABILITI KEPADA ANDA ATAU SESIAPA SAHAJA YANG MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN BOINGO DVR ANDA, BERKAITAN DENGAN MANA-MANA KANDUNGAN PIHAK KETIGA. BOINGO BERHAK, MENGIKUT BUDI BICARANYA, DARI SEMASA KE SEMASA MENGUBAH, MENAMBAH ATAU MENGELUARKAN MANA-MANA CIRI PERKHIDMATAN BOINGO DVR, ATAU MENUKAR CAJ UNTUK PERKHIDMATAN BOINGO
  1. PERKHIDMATAN, RANGKAIAN BOINGO DAN PIHAK KETIGA ADALAH DISEDIAKAN “SEADANYA” DAN “SEPERTIMANA TERSEDIA”, TANPA JAMINAN ATAU SYARAT DALAM APA JUA BENTUK SEKALIPUN. KAMI TIDAK MEMBERIKAN SEBARANG JAMINAN ATAU MENJANJIKAN APA-APA HASIL DARI PENGGUNAAN PERKHIDMATAN INI (TERMASUK VPN) ATAU RANGKAIAN PIHAK KETIGA. TIADA NASIHAT ATAU MAKLUMAT, SAMA ADA SECARA LISAN ATAU BERTULIS, YANG ANDA TERIMA DARI KAMI AKAN MEWUJUDKAN SEBARANG JAMINAN YANG TIDAK DINYATAKAN SECARA NYATA DALAM PERJANJIAN PERKHIDMATAN INI. ANDA BERSETUJU BAHAWA PENGGUNAAN PERKHIDMATAN DAN RANGKAIAN PIHAK KETIGA ADALAH DENGAN TANGGUNGAN RISIKO ANDA SENDIRI. SETAKAT YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG, KAMI DAN SETIAP PENGIKLAN, PEMBERI LESEN, PEMBEKAL, PEGAWAI, PENGARAH, PELABUR, PEKERJA, EJEN, PEMBEKAL PERKHIDMATAN DAN KONTRAKTOR LAIN MENAFIKAN SEMUA JAMINAN, SECARA NYATA ATAU SECARA TERSIRAT BERHUBUNG DENGAN PERKHIDMATAN INI, RANGKAIAN PIHAK KETIGA DAN PENGGUNAAN ANDA.
  1. TANPA MENGEHADKAN KELUASAN PERUNTUKAN YANG TERDAHULU, KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB DI ATAS SEBARANG LIABILITI ATAU TANGGUNGJAWAB DI ATAS (A) SEBARANG KECEDERAAN DIRI ATAU KEROSAKAN HARTA, DALAM SEBARANG BENTUK, AKIBAT DARIPADA AKSES DAN PENGGUNAAN PERKHIDMATAN KAMI ATAU RANGKAIAN PIHAK KETIGA OLEH ANDA, (B) SEBARANG GANGGUAN, KELEWATAN AKSES ATAU PENAMATAN PERKHIDMATAN ATAU RANGKAIAN PIHAK KETIGA, (C) SEBARANG KEROSAKAN AKIBAT PEPIJAT, VIRUS, TROJAN, ATAU SEPERTINYA YANG BOLEH DIHANTAR ATAU MELALUI PERKHIDMATAN ATAU MANA-MANA RANGKAIAN PIHAK KETIGA; (D) SEBARANG DATA YANG TIDAK TERKIRIM, DATA TERSALAH HANTAR, KEROSAKAN, KEMUSNAHAN ATAU PENGUBAHSUAIAN LAIN YANG DISEBABKAN OLEH PERKHIDMATAN ATAU RANGKAIAN PIHAK KETIGA; (E) SEBARANG KEHILANGAN ATAU LIABILITI AKIBAT PENGGUNAAN TANPA KEBENARAN ATAU PENYALAHGUNAAN ID PENGGUNA ATAU KATA LALUAN AKAUN ANDA; (F) SEBARANG KEADAAN DIMANA BOINGO TIDAK SEHARUSNYA DIHARAPKAN UNTUK MENGAWAL, TERMASUK SEBARANG KEGAGALAN DALAM KOMUNIKASI, PERKHIDMATAN PIHAK KETIGA DAN KETIDAKFUNGSIAN INTERNET; ATAU (G) SEBARANG BENTUK BAHAYA AKIBAT PENERIMAAN ANDA KE ATAS TP PIHAK KETIGA TANPA MENGKAJINYA TERLEBIH DAHULU.
  1. DI DALAM APA JUA KEADAAN SEKALIPUN, KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB KEPADA ANDA ATAU MANA-MANA PIHAK KETIGA, SAMA ADA SECARA TIDAK LANGSUNG, TURUTAN, SAMPINGAN, KHUSUS ATAU HUKUMAN PUNITIF, TERMASUK KEROSAKAN YANG MERUGIKAN, AKIBAT DARIPADA PENGGUNAAN PERKHIDMATAN ATAU MANA-MANA RANGKAIAN PIHAK KETIGA. KAMI ATAU PARA PEKERJA KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB (SAMA ADA AKIBAT PELANGGARAN KONTRAK, SALAH LAKU YANG TIDAK MELIBATKAN PELANGGARAN KONTRAK YANG BOLEH DIKENAKAN HUKUMAN SIVIL (TORT) (TERMASUK KECUAIAN) ATAU APA JUA SEBAB YANG LAIN, UNTUK SEBARANG KERUGIAN KEUNTUNGAN, MASA YANG TERSIA, JUALAN ATAU HASIL, KEHILANGAN NAMA BAIK, KEHILANGAN DAYA GUNA SEBARANG PERISIAN, DATA ATAU PERALATAN KOMPUTER, KEHILANGAN DAYA PENAWARAN, KEHILANGAN PELUANG, KEHILANGAN DAYA GUNA MASA PENTADBIRAN ATAU KAKITANGAN, KEHILANGAN DATA ATAU KOS PEROLEHAN BARANGAN GANTIAN ATAU PERKHIDMATAN, ATAU UNTUK SEBARANG KEADAAN DILUAR KAWALAN BOINGO YANG MUNASABAH.
  1. SETAKAT YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG, TIDAK DALAM APA JUA KEADAAN SEKALIPUN, BOINGO, PARA PENGIKLAN, ANAK-ANAK SYARIKATNYA, PARA PEMBERI LESEN, ATAU PARA PEMBEKAL ATAU PARA PEGAWAI MEREKA, PENGARAH, PEKERJA ATAU EJEN, BERTANGGUNGJAWAB DI ATAS PERKHIDMATAN, RANGKAIAN BOINGO ATAU RANGKAIAN PIHAK KETIGA, SEBARANG IKLAN ATAU SEBARANG PERKARA DI DALAM PERJANJIAN PERKHIDMATAN INI (DAN JUGA PLPA) UNTUK MANA-MANA KONTRAK, KECUAIAN, PELANGGARAN KONTRAK YANG BOLEH DIKENAKAN HUKUMAN SIVIL (TORT), LIABILITI YANG TIDAK BERGANTUNG KEPADA KECUAIAN NYATA ATAU NIAT UNTUK MENCEDERAKAN (LIABILITI KETAT) ATAU LAIN-LAIN TEORI UNDANG-UNDANG ATAU SAKSAMA (I) APA JUA AMAUN SECARA AGREGAT MELEBIHI LEBIH BESAR DARIPADA: (I) $100; ATAU (II) CAJ YANG ANDA BAYAR UNTUK PERKHIDMATAN DAN SEBARANG PRODUK ATAU PERKHIDMATAN YANG DIBELI MELALUI PERKHIDMATAN DALAM TEMPOH 12 BULAN SEBELUM TUNTUTAN YANG BERKAITAN.
  1. ADA NEGARA, NEGERI ATAU KAWASAN BIDANGKUASA TERTENTU YANG TIDAK MEMBENARKAN PENGEHADAN ATAU PENGECUALIAN JAMINAN TERTENTU ATAU PENGECUALIAN ATAU PENGEHADAN UNTUK KERUGIAN JIKA ANDA BERMASTAUTIN DI SALAH SATU NEGARA, NEGERI ATAU KAWASAN BIDANGKUASA INI, PENGEHADAN ATAU PENGECUALIAN DI ATAS MUNGKIN TIDAK BERKAITAN DENGAN ANDA.
21. Dasar Penggunaan Munasabah

Dengan menggunakan Laman Web, perisian dan/atau perkhidmatan Boingo, anda bersetuju dengan DPM berikut:

  1. Boingo tidak secara aktif memantau penggunaan Perkhidmatan. Juga, Boingo tidak menjalankan mana-mana aktiviti kawalselia editorial atau kajian ke atas kandungan sebarang laman web, penghantaran mel elektronik, kumpulan berita, atau bahan lain yang dihasilkan atau diakses di atas atau melalui Perkhidmatan. Walau bagaimanapun, Boingo berhak untuk mengeluarkan, menghalang, menapis, menyekat, mneghalang melalui apa jua cara sekalipun sebarang bahan yang, mengikut budi bicara Boingo, mungkin menyalahi undang-undang, boleh menyebabkan Boingo bertanggungjawab terhadapnya atau melanggar DPM Boingo berhak bekerjasama dengan pihak berkuasa undang-undang atau pihak ketiga dalam penyiasatan mana-mana jenayah yang disyaki atau disangka atau kesalahan sivil. Pelanggaran DPM ini boleh menyebabkan penggantungan atau penamatan sama ada akses kepada Perkhidmatan dan akaun Boingo atau tindakan lain seperti yang dinyatakan di bawah. Apabila anda menggunakan Perkhidmatan, pihak ketiga dari mana Boingo telah mendapatkan hak untuk mengakses hotspot yang berkaitan, yang mana melaluinya Perkhidmatan digunakan, adalah dimaksudkan benefisiari pihak ketiga di dalam DMP ini.
  1. Tanpa mengehadkan kepada yang disebut ditas, kecuali setakat yang dinyatakan dengan jelas dalam Perjanjian Perkhidmatan ini atau dengan kebenaran bertulis khusus dari kami (dalam mana anda mesti mematuhi mana-mana terma yang berkaitan dengan penggunaan mana-mana penggunaan yang kami nyatakan), anda bersetuju untuk tidak menggunakan Perkhidmatan, perisian dan/atau Laman Web Boingo:
  1. untuk menghantar apa-apa maklumat atau bahan cetak, grafik atau fotografi (“Bahan”) (dengan memuat naik, menyiarkan, e-mel atau dengan cara lain) yang menyalahi undang-undang, mengancam, menganiaya, mengganggu, memfitnah, berunsur lucah, tidak senonoh, memfitnah, menceroboh privasi orang lain, mengugut, mengancam, menyerang, berunsur kebencian atau perkauman, etnik atau dengan cara lain yang tidak disenangi;
  1. untuk membahayakan, atau mengancam, kanak-kanak di bawah umur dalam apa jua cara sekalipun;
  1. untuk menyamar sebagai mana-mana individu atau entiti atau menyatakan dengan tidak benar atau dengan cara lain, yang memberikan gambaran palsu tentang identiti atau status anda atau memberikan gambaran palsu tentang hubungan anda dengan seseorang atau entiti; memalsukan mana-mana pengenalan identiti atau memanipulasi identiti untuk menyembunyikan punca mana-mana bahan yang dikirim melalui Perkhidmatan;
  1. untuk menghantar mana-mana Bahan (dengan memuat naik, menyiarkan, e-mel atau dengan cara lain) dengan melanggar Perjanjian Perkhidmatan ini termasuk mana-mana Bahan yang anda tidak mempunyai hak untuk mengadakannya di bawah mana-mana undang-undang atau di bawah hubungan berkontrak atau fidusiari (seperti maklumat dalaman, maklumat proprietari dan sulit yang diketahui atau didedahkan kepada anda sebagai sebahagian daripada hubungan pekerjaan atau di bawah perjanjian kerahsiaan);
  1. untuk menghantar atau memuat turun mana-mana Bahan (dengan memuat naik, menyiarkan, e-mel atau dengan cara lain) yang mencabuli mana-mana paten, tanda dagang, rahsia perdagangan, hakcipta atau harta intelek lain, privasi, publisiti atau hak mana-mana pihak ketiga;
  1. untuk menghantar (dengan memuat naik, menyiarkan, e-mel atau dengan cara lain) mana-mana bahan pengiklanan yang tidak diminta atau tidak dibenarkan, bahan promosi, “mel sampah”, “spam”, “surat berantai”, “skim piramid” atau sebarang bentuk penawaran;
  1. untuk menghantar mana-mana Bahan (dengan memuat naik, menyiarkan, e-mel atau dengan cara lain) yang mengandungi virus perisian atau sebarang kod komputer, fail atau program yang direka untuk mengganggu, membinasakan atau menghadkan fungsi mana-mana perisian atau perkakasan komputer atau peralatan telekomunikasi;
  1. untuk mengganggu aliran biasa dialog, menyebabkan skrin “metatal” dengan kadar lebih cepat daripada kadar pengguna Perkhidmatan lain menaip, atau dengan cara lain bertindak dengan cara tertentu yang mempengaruhi secara negatif kemampuan pengguna lain untuk turut serta dalam apa jua bentuk pertukaran secara langsung;
  1. untuk mengganggu atau menggendalakan Perkhidmatan atau pelayan atau rangkaian yang terhubung dengan Perkhidmatan, atau melanggar mana-mana keperluan, prosedur, dasar atau peraturan rangkaian yang berkaitan dengan Perkhidmatan;
  1. untuk menggodam atau dengan cara lain mendapatkan akses yang tidak dibenarkan kepada Laman Web Boingo atau mana-mana sistem komputer lain yang berkaitan, membuat permintaan trafik yang berlebihan, mengajukan surat berantai, kajiselidik, peraduan, skim piramid atau dengan cara lain, terlibat dalam apa-apa tingkah laku lain yang secara munasabah boleh dijangkakan akan menghalang pengguna lain daripada menggunakan dan menikmati Laman Web Boingo atau mana-mana laman web lain atau merosakkan atau memusnahkan reputasi Boingo atau mana-mana pihak ketiga yang lain;
  1. untuk secara sengaja atau tidak sengaja melanggar mana-mana undang-undang, peraturan, penghakiman, perintah mahkamah, statut atau kewajipan mandatori mana-mana pihak berkuasa yang layak, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, mana-mana peraturan bursa saham peringkat nasional atau lain-lain, termasuk, tanpa had, Bursa Saham New York, Bursa Saham Amerika atau NASDAQ, dan mana-mana peraturan yang mempunyai kuasa undang-undang;
  1. untuk “menjejaki secara senyap” atau dengan cara lain mengganggu, mengancam, atau melanggar hak orang lain; atau mengumpul, menyimpan atau memproses, atau cuba untuk mengumpul, menyimpan atau memproses, data peribadi mengenai pihak ketiga tanpa pengetahuan atau persetujuan mereka;
  1. untuk memasarkan semula atau mengiklankan untuk memasarkan semula Perkhidmatan tanpa kebenaran Boingo; atau
  1. sebagai pengganti kepada akses Internet kediaman atau komersial (kecuali pemegang akaun Jalur Lebar Boingo individu) atau untuk pemindahan data bervolum tinggi, terutamanya pemindahan data bervolum tinggi secara berterusan, menghoskan pelayan web, pelayan IRC, atau mana-mana pelayan lain, jika ditentukan demikian yang mana, dalam setiap kes, Boingo boleh mengambil tindakan berikut, mengikut budi bicara mutlaknya;
  1. pelanggan tidak dibenarkan untuk menjadualkan atau mengaturcarakan pendaftaran masuk secara automatik ke dalam
  1. Boingo meminta supaya sesiapa yang mempercayai bahawa terdapat pelanggaran DPM agar menyampaikan maklumat tersebut kepada senarai kontak yang terkandung di dalam Seksyen 2. Jika ada, sila berikan maklumat berikut: (i) alamat IP yang digunakan untuk melakukan pelanggaran hak tersebut; (ii) tarikh dan masa pelanggaran tersebut, termasuk zon masa; dan (iii) keterangan mengenai pelanggaran hak tersebut. Ketika melaporkan hal-hal berkaitan kiriman e-mel yang tidak diminta, sila sediakan salinan mesej e-mel dengan tajuk penuh yang biasanya akan terkandung semua data di atas. Untuk keadaan lain, ianya memerlukan kaedah yang berbeza dalam penyediaan maklumat yang diperlukan.
  1. Boingo berhak mengambil salah satu atau lebih daripada tindakan yang berikut, atau tindakan lain yang tidak disenaraikan di sini, mengikut budi bicara Boingo, sebagai tindakbalas kepada pelanggaran DPM: (i) mengeluarkan amaran, bertulis atau lisan; (ii) menggantung akaun anda atau Perkhidmatan (mengikut kesesuaian); (iii) menamatkan akaun anda atau Perkhidmatan (mengikut kesesuaian); (iv) mengenakan caj ke atas anda untuk kos pentadbiran dan/atau caj pengaktifan, dengan kos pentadbiran yang minimum; atau (v) mengambil tindakan undang-undang untuk mencegah pelanggaran dan/atau untuk menuntut gantirugi yang kami berhak keatasnya, jika ada, yang telah disebabkan oleh pelanggaran tersebut.
  1. Harta Intelek Semua hakcipta, hak pangkalan data, tanda dagangan dan hak harta intelek untuk mana-mana dan semua aspek Laman Web Boingo atau Perkhidmatan (termasuk tanpa had, teks, grafik, gambar, logo, butang, ikon, imej dan perisian (termasuk kompilasi, kod sumber dan aplet) dan semua bahan lain di Laman Web Boingo) adalah harta Boingo atau para pemberi lesen atau rakan-rakan niaga dan dilindungi oleh undang-undang Amerika Syarikat dan undang-undang harta intelektual antarabangsa. Pengeluaran semula, duplikasi, pengubahsuaian, pengedaran, penghantaran, replikasi, kejuruteraan berbalik, paparan atau persembahan kandungan Laman Web Boingo, Perisian dan/atau Perkhidmatan tanpa kebenaran bertulis daripada Boingo adalah dilarang. Sila lihat Terma Penggunaan untuk maklumat lanjut.
  1. Penggantungan dan Penamatan
1. Anda boleh menamatkan akaun anda pada bila-bila masa dan untuk apa jua sebab dengan memberikan notis bertulis memaklumkan niat anda untuk menamatkan langganan anda kepada Boingo sekurang-kurangnya 5 hari sebelum berakhirnya kitaran bil anda. Notis boleh disampaikan melalui pos berdaftar atau kiriman mel yang sah, berperakuan terima, dialamatkan ke Boingo Wireless, Inc., Jabatan Khidmat Pelanggan, 10960 Wilshire Boulevard, Tingkat 23, Los Angeles, CA 90024, Amerika Syarikat; atau melalui e-mel kepada Jabatan Khidmat Pelanggan Boingo di https://www.boingo.com/boingo-support.php. Penamatan akan hanya lengkap apabila anda menerima nombor pengesahan pembatalan dari Boingo. Jika suatu notis penamatan diterima sekurang-kurangnya 5 hari sebelum akhir kitaran bil semasa anda, penamatan akaun anda akan berkuatkuasa pada akhir kitaran bil semasa anda. Jika suatu notis penamatan diterima kurang daripada 5 hari bekerja sebelum akhir kitaran bil semasa anda, bayaran ke akaun anda mungkin berterusan sehingga akhir kitaran bil berikutnya.
  1. Boingo berhak untuk menghubungi anda mengenai akaun anda melalui e-mel, telefon bimbit atau mesej teks SMS. Di samping itu, jika anda seorang pelanggan Boingo Broadband, Boingo berhak untuk menghantar isyarat massa ke alamat e-mel anda dalam keadaan kecemasan, seperti yang ditentukan oleh Boingo.
  1. Boingo berhak menggantung operasi Laman Web Boingo dan/atau Perkhidmatan untuk membaik pulih atau kerja-kerja penyelenggaraan atau untuk mengemaskini atau menaiktaraf kandungan atau fungsi Laman Web Boingo dari semasa ke semasa.
  1. Tanpa notis terlebih awal, Boingo berhak menggantung atau menamatkan Perjanjian Perkhidmatan ini, kata laluan anda, akaun anda, dan/atau penggunaan Perkhidmatan oleh anda sekiranya: (a) anda telah melanggar Perjanjian Perkhidmatan ini atau mana-mana dasar yang dikenakan terhadap pelanggan (SILA LIHAT DI BAWAH UNTUK PENJELASAN LANJUT); (b) anda gagal membayar apa-apa caj apabila tiba masanya; atau (c) anda (i) melantik pengurus atau pengurus pentadbiran, (ii) tertakluk kepada suatu perintah pentadbiran, (iii) menjadi bankrap atau mempunyai prosiding kebankrapan dimulakan; atau (iv) terlibat dalam mana-mana bidangkuasa undang-undang selain daripada California oleh mana-mana prosiding yang mempunyai kesan substantif yang serupa dengan yang disenaraikan dalam (i) – (iii) di atas. Boingo berhak memberikan notis penamatan kepada anda melalui e-mel atau melalui pos kelas pertama atau perkhidmatan kurier ke alamat yang anda berikan berkaitan dengan Semua notis kepada anda akan dianggap berkesan pada hari kalendar pertama selepas tarikh surat-menyurat secara elektronik atau pada hari kalendar keempat (ke-4) selepas tarikh pengiriman melalui pos kelas pertama atau pendepositan dengan perkhidmatan kurier komersial.
  • Untuk mengelak dari sebarang keraguan, Boingo berhak untuk mengkaji semula penggunaan semua akaun yang mungkin melanggar DPM Pemindahan data yang berlebihan, jumlah minit penggunaan, kekerapan daftar masuk dan kriteria-kriteria lain yang boleh digunakan untuk memulakan kajian semula akaun. Sebarang penggunaan yang dianggap sebagai melanggar DPM kami boleh menyebabkan amaran peringatan dikeluarkan, penggantungan akaun atau penamatan akaun. Pelanggaran DPM akan dilaksanakan oleh Boingo mengikut budi bicara mutlaknya.
  1. BOINGO SKYPE ACCESS dan BOINGO WI-FI CREDITS. Tanpa sebarang notis terlebih dahulu, Boingo berhak untuk menggantung atau menamatkan Perjanjian Perkhidmatan ini dan/atau penggunaan Perkhidmatan oleh anda sekiranya anda telah melanggar Perjanjian Perkhidmatan ini atau mana-mana dasar yang dikenakan terhadap pelanggan.
  1. Peruntukan-peruntukan di dalam seksyen-seksyen berikut di dalam Perjanjian Perkidmatan ini akan terus berkuatkuasa menjangkaui penamatan Perjanjian Perkhidmatan ini: 1-5, 7(d), 9-11 dan 14-22.
  1. Pertanyaan atau Aduan Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau aduan mengenai Laman Web Boingo atau Perkhidmatan, sila kirimkan kepada kontak yang berkenaan sepertimana yang disenaraikan di dalam Seksyen 2. Jika anda seorang Pelanggan Boingo Skype Access dan jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau aduan mengenai Perkhidmatan, sila kirimkan kepada Khidmat Pelanggan Skype melalui e-mel di support@skype.com.
  1. Jalur Lebar – Perkhidmatan Lokasi E911 Semua pelanggan Boingo Broadband adalah diingatkan bahawa perkhidmatan perkhidmatan lokasi E911 adalah tidak tersedia untuk Skype/VoIP. Jika anda dalam kecemasan, sila dail 911 di telefon anda.
  2. Undang-undang Yang Mentadbir Untuk mengelak dari sebarang keraguan, kecuali jika diwajibkan oleh undang-undang, mana-mana kontrak untuk peruntukan Perkhidmatan akan dianggap telah dimaterai di California, Amerika Syarikat. Di samping itu, sebarang kontrak akan ditadbir oleh dan ditafsirkan selaras dengan undang-undang Negeri California tanpa mengambil kira konflik di dalam peruntukan undang-undang tersebut. Apa-apa pertikaian yang timbul daripada atau berkaitan dengan perkara-perkara di dalam Perjanjian Perkhidmatan ini atau mana-mana kontrak untuk peruntukan Perkhidmatan, secara konklusifnya, akan diselesaikan melalui timbang tara di Daerah Los Angeles, California, menggunakan bahasa Inggeris selaras dengan Peraturan dan Prosedur Timbang Tara Yang Telah Diselaraskan oleh Judicial Arbitration and Mediation Services, Inc. (“JAMS”) yang kemudian dikuatkuasakan oleh seorang penimbang tara komersial yang mempunyai pengalaman yang luas dalam menyelesaikan pertikaian kontrak komersial, yang dipilih dari senarai penimbang tara JAMS yang berwibawa menurut Peraturan dan Prosedur Timbang Tara Yang Telah Diselaraskan oleh JAMS. Penghakiman ke atas anugerah yang telah diberikan boleh dibuat di mahkamah yang mempunyai bidangkuasa ketasnya, atau permohonan boleh dibuat kepada mahkamah itu untuk penerimaan kehakiman ke atas mana-mana anugerah dan perintah perlaksanaannya, sepertimana yang berbangkit. Tanpa mengenepikan yang tersebut diatas, mana-mana pihak di antara kedua-duanya mempunyai hak untuk mengambil tindakan di mahkamah yang mempunyai bidangkuasa ke atasnya, untuk mengemukan injunksi atau lain-lain pampasan pada bila-bila masa. Bagi semua maksud Perjanjian ini, pihak-pihak yang berkaitan mempersetujui bidangkuasa eksklusif dan lokasi penghakiman adalah di Mahkamah Persekutuan Amerika Syarikat yang terletak di Daerah Selatan California.
  1. Kebolehasingan
Jika mana-mana peruntukan Perjanjian ini diputuskan tidak boleh dikuatkuasakan oleh mahkamah yang mempunyai bidangkuasa keatasnya, peruntukan tersebut sama ada akan dianggap diubahsuai secara minimum yang perlu untuk menjadikan ianya boleh dikuatkuasakan, atau sebaliknya, untuk diabaikan. Dalam mana-mana keadaan tersebut, peruntukan yang lainnya hendaklah terus berkuatkuasa dan berkuatkuasa sepenuhnya.
  1. Lain-Lain Hal Perjanjian Perkhidmatan ini menetapkan semua syarat-syarat yang telah dipersetujui di antara Boingo dan anda berhubung dengan perkara-perkara yang terkandung di dalamnya. Tertakluk kepada Seksyen 16(b), tiada representasi atau terma lain akan terpakai untuk menjadi sebahagian daripada Perjanjian Perkhidmatan ini. Perjanjian Perkhidmatan dan Dasar Privasi, dan dasar Pelanggan Boingo yang lain yang disiarkan di Laman Web Boingo membentuk keseluruhan perjanjian di antara anda dan Boingo, berkenaan dengan penggunaan Perkhidmatan ini. Boingo berhak mengkaji semula, meminda, atau mengubahsuai Perjanjian Perkhidmatan ini dan mana-mana dasar Pelanggan dan perjanjian pada bila-bila masa dan dalam apa cara sekalipun tanpa perlu memberikan sebarang Anda perlu menyemak dasar-dasar ini setiap kali anda setial kali anda mengunjungi Laman Web Boingo. Semua notis dan pemulangan perisian Boingo dan dokumentasinya perlu diserahkan kepada: Boingo Wireless, Inc., 10960 Wilshire Boulevard, Tingkat 23, Los Angeles, CA 90024, Amerika Syarikat, UP: Peguam Korporat.
Perjanjian Lesen Pengguna Akhir Penerimaan syarat-syarat Sila baca Perjanjian Lesen Pengguna Akhir (“PLPA”) dengan teliti sebelum memasang atau menggunakan perisian yang disertakan, dan mana-mana dokumentasi atau kemaskini yang disediakan. PLPA ini adalah satu perjanjian yang mengikat secara undang-undang di antara anda (entiti atau individu) dan Boingo Wireless, Inc. (“Boingo,” “kami” atau “kita”). Dengan memuat turun, memasang dan/atau menggunakan perisian dan dokumen yang bersesama dengan PLPA ini, anda bersetuju untuk terikat dengan terma-terma dan syarat-syarat PLPA ini. Jika anda tidak bersetuju dengan semua terma-terma dan syarat-syarat PLPA ini, anda tidak boleh memasang atau menggunakan Perisian dan mesti keluar dari proses pendaftaran Boingo. Anda perlu mencetak dan menyimpan salinan PLPA ini untuk rujukan di masa depan. Perjanjian
  1. Mengenai Kami Boingo Wireless, Inc. ialah sebuah syarikat berpengkalan di Delaware dan alamat perniagaan utamanya adalah di Boingo Wireless, Inc., 10960 Wilshire Boulevard, Tingkat 23, Los Angeles, CA 90024, Amerika Syarikat (“Boingo”, “kami” dan “kita”).
  2. Hak Anda Untuk Menggunakan Perisian Boingo Seksyen ini adalah mengenai bagaimana anda boleh menggunakan perisian yang akan anda muat turun, memasang atau terus menggunakan, termasuk sebarang pngemaskinian ke atasnya, yang Boingo dalam operasi biasanya, laksanakan untuk penggunanya (“Kemaskini”) (secara kolektifnya, “Perisian”) dan apa-apa dokumentasi yang berkaitan (“Dokumentasi”) (Perisian dan Dokumentasi, secara kolektifnya, “Perisian Boingo”). Boingo memberikan anda, lesen yang tidak boleh dipindah milik, lesen bukan eksklusif, lesen yang boleh ditamatkan, untuk menggunakan Perisian di dalam tempoh Perjanjian Perkhidmatan semata-mata untuk tujuan peribadi atau urusan dalaman anda sendiri, yang mana ianya merangkumi akses kepada dan penggunaan perkhidmatan Internet tanpa wayar yang disediakan oleh Boingo dari semasa ke semasa. Anda boleh menyalin Perisian Boingo setakat bilangan Peranti yang ditetapkan dalam pelan langganan anda, sepertimana yang dinyatakan dalam Seksyen 8 Perjanjian Perkhidmatan. Anda boleh membuat satu (1) salinan Dokumentasi, berkaitan dengan Perisian Boingo, untuk digunakan dalam tempoh Perjanjian Langganan. Boingo berhak mengubahsuai Perisian Boingo pada bila-bila masa, untuk sebarang sebab, dan tanpa memberikan anda sebarang notis pengubahsuaian. Pengubahsuaian tersebut adalah bertujuan untuk menambah fungsi, menyelesaikan masalah pepijat atau dengan cara lain, meningkatkan dan mengemaskini perkhidmatan Boingo. Anda tidak akan menerima salinan cetak Dokumentasi, sokongan teknikal, bantuan telefon atau peningkatan kepada Perisian Boingo di bawah Perjanjian ini.
  3. Kami Pemilik Semua Hak Perisian Boingo Perisian Boingo dan hak harta intelek seluruh dunia yang terkandung di dalamnya adalah dimiliki oleh Boingo dan para pemberi lesen kami. Di samping itu, Perisian, termasuk struktur, organisasi dan kod sumber, dan Dokumentasi adalah maklumat sulit dan maklumat proprietari Boingo dan para pemberi lesen kami. Boingo mempunyai semua hak dalam dan kepada Perisian Boingo yang, tidak secara nyata, diberikan kepada anda dalam PLPA ini.
  4. Apakah Yang Dibenarkan dan Tidak Dibenarkan untuk Anda Lakukan dengan Prisian Boingo Anda hanya boleh menggunakan Perisian Boingo dengan cara-cara yang mematuhi undang-undang di dalam bidangkuasa tertentu. Contoh-contoh undang-undang yang mungkin berkaitan dengan bagaimana anda menggunakan Perisian Boingo adalah seperti tanpa had, peraturan yang menyekat hak anda untuk menyalin dan menggunakan kandungan orang lain di bawah undang-undang hakcipta. Ada beberapa perkara lain yang, oleh kerana Perisian Boingo adalah aset yang berharga dalam perniagaan kami, anda bersetuju untuk tidak lakukan. Anda tidak boleh:
 
  1. melakukan apa-apa tindakan untuk menggugat, menghadkan atau mengganggu dalam apa jua cara sekalipun terhadap Boingo atau pemberi lesen pemilikan kepada atau hak kepada Perisian Boingo;
  2. mengedarkan semula Perisian Boingo kepada orang lain;
  3. membenarkan individu lain untuk menggunakan Perisian Boingo;
  4.  megubahuai, menterjemah, melakukan kejuruteraan berbalik, menyusun semula, menyahpasang Perisian Boingo, kecuali sebagaimana yang dibenarkan oleh undang-undang yang berkaitan;
  5. menyalin Perisian Boingo (kecuali sepertimana yang dibenarkan di sini);
  6.  menyewakan, memajak, memindahkan, membebankan, mengeluarkan sublesen atau memindahkan hak kepada Perisian Boingo;
  7.  memgubahsuai atau mengeluarkan apa-apa notis proprietari atau label dari Perisian Boingo, atau menambah apa-apa notis proprietari untuk Perisian Boingo;
  8. mewujudkan derivatif atau penyesuaian kepada Perisian Boingo; atau
  9.  dengan cara lainnya, menggunakan Perisian Boingo mengikut cara yang tidak dibenarkan oleh PLPA ini.
Anda harus membayar kepada kami semua kos munasabah dan kos yang diramalkan yang kami tanggung akibat daripada ketidakpatuhan anda kepada mana-mana batasan sepertimana yang disenaraikan di atas. 11. Pengemaskinian dan Maklumat Lokasi
  1. Pengemaskinian Perisian secara automatik akan berhubung dengan pelayan Boingo melalui Internet untuk memeriksa sebarang keperluan Kemaskini seperti pembetulan pepijat, penambahbaikan, fungsi tambahan dan keluaran versi baru. Boingo akan memberitahu anda bilamana sesuatu proses kemaskini sudah Jika anda membuat keputusan untuk mengemaskini, anda bersetuju bahawa Boingo boleh memuat turun dan mengemaskini untuk anda dan memasangnya sebagai sebahagian daripada Perisian. Semua pengemaskinian kepada Perisian tersebut adalah ditadbir oleh PLPA ini, melainkan jika terdapat syarat-syarat lesen lain yang disediakan dengan mana-mana pengemaskinian. i. Walaupun Boingo telah mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk menyediakan keselamatan untuk proses pngemaskinian secara automatik, Boingo tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua kegagalan dalam langkah-langkah keselamatan tersebut.
  1. Lokasi Maklumat Beberapa versi Perisian mungkin mengandungi maklumat lokasi secara geografi dan maklumat lain daripada peranti anda dan melaporkan maklumat tersebut kepada Boingo. Maklumat lebih lanjut mengenai dasar kami berkaitan dengan pengumpulan dan penggunaan maklumat seperti ini boleh didapati dalam Dasar Privasi kami (yang terletak di URL yang berkaitan, yang dinyatakan di bawah tajuk “Dasar Privasi”, di atas).
12. Sumber Terbuka Tanpa pengabaian Seksyen 2 dan 4 di atas, anda mengakui bahawa komponen tertentu perisian (“Komponen Sumber Terbuka”) dikawalselia oleh apa yang dipanggil lesen perisian “sumber terbuka”, yang bererti mana-mana lesen perisian yang diiktiraf sebagai lesen sumber terbuka oleh Inisiatif Sumber Terbuka atau mana-mana lesen yang serupa, seperti GNU GPL, Apache atau lesen BSD. Senarai komponen sumber terbuka dalam perisian yang anda muat turun akan termasuk dalam pakej muat turun anda dan juga di pautan berikut: boingo.com/opensource. Anda mengakui penerimaan notis untuk Komponen Sumber Terbuka. Setakat yang diperlukan oleh lesen-lesen yang meliputi Komponen-Komponen Sumber Terbuka, syarat-syarat lesen tersebut akan dikenakan sebagai ganti kepada syarat-syarat PLPA ini. Jika syarat-syarat lesen Komponen-Komponen Sumber Terbuka melarang mana-mana pengehadan yang disebutkan di dalam PLPA ini, pengehadan tersebut tidak akan digunapakai dalam perkara-perkara berkaitan dengan Komponen Sumber Terbuka. Jika syarat-syarat lesen Komponen-Komponen Sumber Terbuka memerlukan Pemeberi Lesen membuat tawaran untuk menyediakan kod sumber atau maklumat yang berkaitan dengan Perisian, tawaran yang disebutkan kini dianggap telah dibuat. Sebarang permintaan untuk kod sumber atau maklumat yang berkaitan dengan Perisian harus ditujukan kepada: legal@boingo.com.   13. Penggantungan/Penamatan
  1. PLPA ini berkuatkuasa bermula dari hari pertama anda menggunakan, memuat turun atau memasang Perisian, atau membuka bungkusan perkakasan Boingo dengan perisian pramuat. Hak anda untuk menggunakan Perisian di bawah PLPA ini secara automatik tamat jika anda: (i) tidak mematuhi mana-mana peruntukan PLPA ini; (ii) melantik pengurus atau pengurus pentadbiran; (iii) tertakluk kepada suatu perintah pentadbiran; (iv) menjadi bankrap atau mempunyai prosiding kebankrapan dimulakan; atau (v) terlibat dalam mana-mana bidangkuasa undang-undang selain daripada California oleh mana-mana prosiding yang mempunyai kesan substantif yang serupa dengan yang disenaraikan dalam (ii) – (iv) di atas.
  2. Anda boleh menamatkan PLPA ini pada bila-bila masa dengan cara memusnahkan atau mengembalikan Perisian Boingo, semua salinan sandaran dan semua bahan-bahan yang berkaitan yang disediakan oleh Boingo, dan mengirimkan kepada Boingo di alamat di bawah, suatu notis bertulis mengenai pilihan anda untuk menamatkan PLPA
  1. Dengan penamatan PLPA ini untuk apa jua sebab, semua hak-hak yang diberikan di dalam PLPA ini akan serta-merta terhenti dan anda harus segera menghentikan semua penggunaan Perisian Boingo dan memadamkan Perisian Boingo dan semua salinannya. Seksyen 3, 8, 9, 11 dan 12 PLPA ini akan terus berkuatkusasa selepas penamatan PLPA
  1. Boingo mungkin, dari semasa ke semasa (dengan atau tanpa mengeluarkan notis), menggantung sementara mana-mana Perkhidmatan, Perisian dan/atau Laman Web (secara keseluruhan atau sebahagian) untuk penambahbaikan atau kerja-kerja penyelenggaraan atau untuk mengemaskini atau menaiktaraf sebarang kandungan, ciri-ciri atau fungsi.
  1. Dengan atau tanpa notis yang dikeluarkan terlebih dahulu, Boingo berhak menggantung atau menamatkan apa-apa kontrak yang dibuat di antara Boingo dan anda untuk mana-mana Perkhidmatan yang anda langgan, kata laluan anda, akaun anda, dan/atau penggunaan mana-mana Perkhidmatan, Perisian dan/atau Laman Web sekiranya: (a) anda telah melanggar mana-mana terma PLPA ini (termasuk dasar privasi Boingo di https://www.boingo.com/boingo-legal-notices.php yang disiarkan di Laman Web dan sebarang dasar Boingo lain yang disiarkan di Laman Web, sepertimana yang dikemaskini dari semasa ke semasa – SILA LIHAT DI BAWAH UNTUK PENJELASAN LANJUT); (b) anda gagal membayar mana-mana caj yang telah dibilkan dengan betul bilamana ianya perlu dibayar; atau (c) anda jatuh bankrap atau membuat aturan pembayaran dengan pemiutang anda, atau, sebagai individu, mempetisyen kebankrapan anda sendiri atau kebankrapan anda dipetisyen, atau, sebagai sebuah organisasi, mempunyai pengurus atau pentadbir dilantik selaras dengan aku janji anda keatas keseluruhan atau sebahagian besar daripada aset anda, atau suatu perintah telah dibuat, atau ketetapan yang berkesan telah diluluskan, untuk urusan-urusan pentadbiran, penerimaan, pembubaran, penggulungan atau proses-proses lain yang serupa, atau mempunyai sebarang distres, pelaksanaan atau proses lain yang dikenakan atau dikuatkuasakan terhadap keseluruhan atau sebahagian besar daripada aset anda (yang tidak dilepaskan, dibayar, dikeluarkan atau dilupuskan dalam tempoh 28 hari), atau tertakluk kepada mana-mana prosiding yang setara atau yang serupa dengan mana-mana perkara yang disebut di bawah mana-mana bidangkuasa yang berk
  1. Jaminan Terhad Boingo memberikan jaminan kepada anda bahawa Perisian ini akan, untuk tempoh 90 harwi selepas penghantaran oleh Boingo (“Tempoh Jaminan”), beroperasi pada umumnya menurut Dokumentasi yang berkaitan yang dibekalkan bersama-sama dengan Perisian. Jika Perisian tidak beroperasi dengan cara tersebut semasa Tempoh Jaminan, anda mesti memaklumkan kepada kami dalam masa tiga puluh (30) hari dari tarikh akhir Tempoh Jaminan dan kami akan, mengikut budi bicara kami, atas pilihan dan perbelanjaan kami sama ada akan menggantikan Perisian atau menyediakan anda dengan bayaran balik sepenuhnya bagi caj langganan yang telah anda bayar. Jaminan ini memberikan anda hak undang-undang tertentu, dan anda mungkin mempunyai hak lain yang berbeza dari negeri ke negeri.
  2. Penafian Jaminan dan Had Liabiliti
  1. Perisian mempunyai pepijat. Walaupun kami memantau Perisian kami berusaha untuk membetulkan pepijat yang kami berupaya untuk mengesan atau yang dimaklumkan kepada kami, anda bersetuju bahawa kami tidak dapat memberikan jaminan yang Perisian kami akan bebas pepijat dan akan berfungsi sepanjang masa.
  1. TERDAPAT RISIKO KESELAMATAN, PRIVASI DAN KERAHSIAAN DI DALAM KOMUNIKASI DAN TEKNOLOGI TANPA WAYAR DAN BOINGO TIDAK MEMBUAT SEBARANG JAMINAN ATAU WARANTI YANG BERHUBUNGAN DENGAN RISIKO INI ATAU KEPADA KESELAMATAN SEBARANG KOMUNIKASI YANG DIHANTAR MENGGUNAKAN PERISIAN ATAU PERKHIDMATAN KAMI. JIKA ANDA MEMPUNYAI SEBARANG KEBIMBANGAN DALAM PENGGUNAAN PERISIAN ATAU PERKHIDMATAN KAMI, ANDA SEHARUSNYA TIDAK MENGGUNAKANNYA. KAMI TIDAK BOLEH MEMBERIKAN JAMINAN BAHAWA PENGGUNAAN PERKHIDMATAN TANPA WAYAR MELALUI BOINGO, TERMASUK KANDUNGAN ATAU KOMUNIKASI KEPADA ATAU DARI ANDA, TIDAK AKAN DILIHAT OLEH MANA-MANA PIHAK KETIGA TANPA KEBENARAN. PENAFIAN DI ATAS TERUS DIGUNAPAKAI TIDAK MENGIRA SAMA ADA ANDA MEMILIH UNTUK MENGGUNAKAN SEBARANG FUNGSI VPN YANG DITAWARKAN SEBAGAI SEBAHAGIAN DARIPADA PERISIAN ATAU PERKHIDMATAN KAMI, ATAUPUN TIDAK.
  1. KECUALI UNTUK PRODUK DAN PERKHIDMATAN TERTENTU YANG SECARA KHUSUS DITAWARKAN OLEH BOINGO, BOINGO TIDAK MEMPUNYAI SEBARANG KAWALAN KEATAS SEBARANG BAHAN, MAKLUMAT, PRODUK ATAU PERKHIDMATAN DI INTERNET. INTERNET MENGANDUNGI BAHAN-BAHAN YANG TIDAK DISUNTING, YANG DIANTARANYA MUNGKIN BERUNSUR SEKSUAL YANG EKSPLISIT DAN MENGGANGGU EMOSI ANDA. BOINGO TIDAK MEMPUNYAI KAWALAN DAN TIDAK BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS BAHAN-BAHAN ANDA BERSETUJU UNTUK BERTANGGUNGJAWAB DAN MENANGGUNG RISIKO SEPENUHNYA DI ATAS PENGGUNAAN PERKHIDMATAN DAN INTERNET DAN BERTANGGUNGJAWAB UNTUK MENILAI KETEPATAN, KESEMPURNAAN DAN KEGUNAAN SEMUA PERKHIDMATAN, PRODUK DAN MAKLUMAT LAIN DAN KUALITI DAN KEBOLEHDAGANGAN SEMUA BARANGAN YANG DISEDIAKAN MELALUI PERKHIDMATAN ATAU INTERNET.
  1. KECUALI SEPERTIMANA YANG DINYATAKAN DI DALAM SEKSYEN 8, TIADA LAIN-LAIN JAMINAN ATAU PERSYARATAN, SAMA ADA YANG NYATA ATAU TERSIRAT, TELAH DIBERIKAN OLEH PEMBERI LESEN BERKAITAN DENGAN PERISIAN, PERKAKASAN SYARAT PERKHIDMATAN DAN/ATAU DOKUMEN YANG DISERTAKAN (BERKANUN ATAU SEBALIKNYA) DAN BOINGO MENAFIKAN SEMUA JAMINAN DAN SYARAT YANG TIDAK SECARA NYATA DIPERINCIKAN DISINI, TERMASUK TETAPI TIDAK TERHAD KEPADA JAMINAN TERSIRAT ATAU SYARAT-SYARAT KE ATAS KEBOLEHDAGANGAN,PEMATUHAN SYARAT DAN KESESUAIAN UNTUK TUJUAN TERTENTU. BOINGO TIDAK MEMBERIKAN JAMINAN BAHAWA SEGALA FUNGSI YANG TERKANDUNG DALAM PERISIAN AKAN MEMENUHI KEPERLUAN ANDA, TIDAK AKAN TERGANGGU ATAU BEBAS RALAT, ATAU SEMUA KEROSAKAN DALAM PERISIAN AKAN DIBETULKAN. ANDA MENANGGUNG RISIKO SEPENUHNYA BERKAITAN DENGAN KEPUTUSAN DAN PRESTASI PERISIAN BOINGO. SESETENGAH NEGERI/bidangkuasa TIDAK MEMBENARKAN PENGECUALIAN JAMINAN YANG TERSIRAT ATAU PENGEHADAN TERHADAP TEMPOH AKTIF JAMINAN YANG TERSIRAT. OLEH ITU, PENGECUALIAN INI MUGKIN TIDAK BERKAITAN DENGAN ANDA.
  1. TIDAK DALAM APA JUA KEADAAN SEKALIPUN, BOINGO ATAU PARA EJENNYA BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG KEROSAKAN YANG TIDAK LANGSUNG, KHUSUS, BERTURUTAN ATAU BERBANGKIT (TERMASUK, TANPA HAD, KERUGIAN AKIBAT KEHILANGAN KEUNTUNGAN PERNIAGAAN, KEHILANGAN PENDAPATAN, KEHILANGAN DAYA GUNA PERISIAN ATAU SEBARANG DATA, KEHILANGAN DAYA GUNA PERKAKASAN, GANGGUAN PERNIAGAAN, KEHILANGAN MAKLUMAT PERNIAGAAN, PEMBAZIRAN MASA KERJA PENGURUSAN ATAU KAKITANGAN ATAU KERUGIAN KEWANGAN LAIN) YANG TIMBUL DARIPADA PENGGUNAAN ATAU KETIDAKUPAYAAN ANDA MENGGUNAKAN PERISIAN BOINGO, WALAUPUN PEMBERI LESEN TELAH MENASIHATKAN TERHADAP KEMUNGKINAN BERLAKUNYA KEROSAKAN TERSEBUT. SESETENGAH NEGERI TIDAK MEMBENARKAN PENGECUALIAN ATAU PENGEHADAN KEROSAKAN TURUTAN ATAU BERBANGKIT, OLEH ITU PENGEHADAN DI ATAS MUNGKIN TIDAK BERKAITAN DENGAN ANDA.
  1. TERTAKLUK KEPADA SEKSYEN 9(B) DAN 9(C), JUMLAH LIABILITI AGREGAT BOINGO YANG BERBANGKIT DARIPADA ATAU BERKAITAN DENGAN PLPA INI ATAU YANG BERKENAAN DENGAN APA YANG BOINGO MUNGKIN TELAH LAKUKAN ATAU TIDAK LAKUKAN BERKAITAN DENGAN PLPA INI (DAN SAMA ADA LIABILITI BERBANGKIT AKIBAT PELANGGARAN KONTRAK, KECUAIAN ATAU MANA-MANA SEBAB YANG LAIN) AKAN TERHAD DI DALAM SEMUA KES KEPADA JUMLAH YANG SAMA DENGAN YANG LEBIH BESAR DARIPADA: (I) $100; ATAU (II) JUMLAH CAJ YANG TELAH DIBAYAR ATAU PERLU DIBAYAR OLEH ANDA KEPADA BOINGO DALAM TEMPOH SATU TAHUN SEBELUM SITUASI YANG MEMBOLEHKAN ANDA MEMBUAT TUNTUTAN, BERLAKU.
  1. SESETENGAH NEGARA, NEGERI ATAU BIDANGKUASA TIDAK MEMBENARKAN PENGEHADAN ATAU PENGECUALIAN JAMINAN TERTENTU ATAU PENGECUALIAN ATAU PENGEHADAN KERUGIAN TERTENTU. JIKA ANDA BERMASTAUTIN DI SALAH SEBUAH NEGARA, NEGERI ATAU BERADA DI DALAM RUANG LINGKUP BIDANGKUASA INI, PENGEHADAN ATAU PENGECUALIAN INI MUNGKIN TIDAK BERKAITAN DENGAN ANDA.
  1. Ekspot
  1. Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, anda tidak boleh memuat turun, menggunakan, atau sebaliknya mengekspot atau mengekspot semula Perisian atau apa-apa maklumat atau teknologi melainkan jika ianya mematuhi sepenuhnya semua undang-undang Amerika Syarikat dan mana-mana undang-undang dan peraturan lain yang berkaitan. Dengan memasang atau memuat turun Perisian, anda memberi perakuan dan jaminan bahawa anda tidak berada di bawah kawalan atau seorang warganegara atau permastautin mana-mana negara yang tersenarai di dalam Daftar Warganegara Khusus yang dikeluarkan oleh Jabatan Perbendaharaan AS atau Jadual Perintah Penolakan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat. Anda bersetuju untuk mematuhi semua undang-undang ekspot dan sekatan dan peraturan Amerika Syarikat atau agensi asing atau pihak berkuasa, dan tidak mengekspot atau mengekspot semula Perisian atau mana-mana produk langsung daripadanya yang melanggar mana-mana sekatan, undang-undang atau peraturan-peraturan, atau tanpa sebarang kelulusan yang diperlukan. Jika berkenaan, setiap pihak perlu mendapatkan dan menanggung semua perbelanjaan yang berhubungan dengan pengadaan mana-mana lesen yang diperlukan dan/atau pengecualian yang berkaitan dengan pengeksportan Perisian dari Amerika Syarikat.
  1. HAK TERHAD KERAJAAN AMERIKA SYARIKAT. Perisian ini adalah diklasifikasikan sebagai “perisian komputer komersial” menurut DFAR Seksyen 227.7202 dan FAR Seksyen 12.212, yang mana yang Penggunaan, duplikasi atau pendedahan Perisian adalah tertakluk kepada batas-batas yang ditetapkan dalam DFAR Seksyen 227.7202 untuk agensi ketenteraan, dan FAR Seksyen 12.212 untuk agensi awam, dan di dalam mana-mana peraturan gantian berikutan darinya.
17. Lain-Lain Hal PLPA ini hendaklah ditadbir oleh dan ditafsirkan selaras dengan undang-undang Negeri California tanpa mengambil kira konflik dalam mana-mana peruntukan undang-undang Apa-apa pertikaian yang timbul daripada atau berkaitan dengan perkara-perkara di dalam Perjanjian Perkhidmatan ini atau mana-mana kontrak untuk peruntukan Perkhidmatan, secara konklusifnya, akan diselesaikan melalui timbang tara di Daerah Los Angeles, California, menggunakan bahasa Inggeris selaras dengan Peraturan dan Prosedur Timbang Tara Yang Telah Diselaraskan oleh Judicial Arbitration and Mediation Services, Inc. (“JAMS”) yang kemudian dikuatkuasakan oleh seorang penimbang tara komersial yang mempunyai pengalaman yang luas dalam menyelesaikan pertikaian kontrak komersial, yang dipilih dari senarai penimbang tara JAMS yang berwibawa menurut Peraturan dan Prosedur Timbang Tara Yang Telah Diselaraskan oleh JAMS. Penghakiman ke atas anugerah yang telah diberikan boleh dibuat di mahkamah yang mempunyai bidangkuasa ketasnya, atau permohonan boleh dibuat kepada mahkamah itu untuk penerimaan kehakiman ke atas mana-mana anugerah dan perintah perlaksanaannya, sepertimana yang berbangkit. Tanpa mengenepikan yang tersebut diatas, mana-mana pihak di antara kedua-duanya mempunyai hak untuk mengambil tindakan di mahkamah yang mempunyai bidangkuasa ke atasnya, untuk mengemukan injunksi atau lain-lain pampasan pada bila-bila masa. Bagi semua maksud Perjanjian ini, pihak-pihak yang berkaitan mempersetujui bidangkuasa eksklusif dan lokasi penghakiman di Mahkamah Persekutuan Amerika Syarikat yang terletak di Daerah Selatan California. Tanpa mengenepikan peruntukan diatas, Boingo juga berhak untuk memohon kepada mana-mana mahkamah di seluruh dunia untuk injunksi atau mana-mana remedi undang-undang untuk melindungi atau menguatkuasakan hak harta inteleknya. 18. Kebolehasingan Jika mana-mana peruntukan Perjanjian ini diputuskan tidak boleh dikuatkuasakan oleh mahkamah yang mempunyai bidangkuasa keatasnya, peruntukan tersebut sama ada akan dianggap diubahsuai secara minimum yang perlu untuk menjadikan ianya boleh dikuatkuasakan, atau sebaliknya, untuk Dalam mana-mana keadaan tersebut, peruntukan yang lainnya hendaklah terus berkuatkuasa dan berkesan sepenuhnya.