Dasar Privasi

DASAR PRIVASI BOINGO WIRELESS®, INC.

Boingo Wireless, Inc. dan anak-anak syarikatnya (“Boingo,” “kami” dan “kita”) mengambil berat tentang privasi dan keselamatan maklumat anda. Kami ingin menjadikan pengalaman anda dengan perkhidmatan Boingo® sebagai menyeronokkan dan bermanfaat, dan juga membolehkan anda merasa selamat kerana kepentingan privasi anda dihormati. Dasar Privasi ini merangkumi cara kami mengendalikan maklumat peribadi (“Maklumat Peribadi”) yang kami kumpul apabila anda mengakses atau menggunakan Laman Web ini atau Perkhidmatan kami. Dasar ini tidak berkenaan dengan amalan syarikat yang tidak kami miliki atau kawal, atau dengan individu-individu yang tidak bekerja dengan kami atau dalam pengurusan kami. Dengan mengunjungi atau menggunakan Laman Web ini atau Perkhidmatan ini dalam apa jua cara sekalipun, anda memperakui bahawa anda bersetuju dengan amalan dan dasar-dasar yang digariskan di dalam Dasar Privasi ini, dan anda dengan ini bersetuju untuk kami mengumpul, menggunakan, dan berkongsi maklumat anda dengan cara yang tertera berikut. Mana-mana terma yang berhuruf besar tanpa definisi mempunyai maksud sepertimana yang diperincikan di dalam Terma Penggunaan Boingo (yang dengan ini digabungkan ke dalam Dasar Privasi ini). Jika anda tinggal di Kesatuan Eropah, anda bersetuju dengan dasar privasi EU kami yang boleh didapati di sini .

Pengumpulan Maklumat Maklumat yang Diperlukan

Boingo mengumpul maklumat tertentu yang diperlukan untuk memberikan perkhidmatan sepenuhnya untuk akaun Boingo anda. Sebagai pelanggan, anda akan diminta untuk memberikan maklumat yang diperlukan untuk membuka akaun Boingo dan untuk memenuhi komitmen perkhidmatan kami kepada anda seperti nama anda, alamat, nombor telefon, e-mel dan maklumat bil. Boingo berhak menggunakan maklumat ini untuk tujuan editorial dan maklumbalas, pemasaran dan promosi, untuk analisis statistik, pembangunan produk dan apa jua yang berkaitan dengan rakan-rakan kongsi, penerbit, pengiklan kami atau laman-laman web yang berkaitan.

Maklumat Opsional

Seperti mana-mana perniagaan yang berminat dalam menarik perhatian dan menawarkan perkhidmatan berkualiti tinggi kepada pelanggan, Boingo mengumpul maklumat demografi yang diberikan secara sukarela mengenai pelanggan kami. Soalan-soalan ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat tentang perkara-perkara seperti bagaimana seorang individu itu menyedari tentang kewujudan perkhidmatan kami, jantina, pekerjaan dan pilihan mod transportasi dan tabiat konsumer. Di samping itu, komen dan pertanyaan pelanggan dikumpul dan disimpan untuk setiap pelanggan yang mengemukakannya. Maklumat ini dikumpul dan disimpan berdasarkan maklumat akaun Boingo individu pelanggan. Boingo kadangkala menjalankan kajian pengguna untuk pensasaran lebih tepat untuk penawaran perkhidmatan kami kepada pelanggan baru dan yang sedia ada. Kadangkala kami berkongsi maklumat demografi agregat yang didapatkan daripada kajiselidik dengan beberapa rakan kongsi perniagaan. Penyertaan dalam kajiselidik pelanggan kami adalah secara sukarela. Boingo berhak menawarkan program insentif kepada pelanggan, pengunjung ke Laman Web Boingo (www.boingo.com), orang awam dan individu yang dikenalpasti melalui senarai mel langsung. Penawaran ini dipromosikan di Laman Web ini, iklan dan siaran akhbar. Secara minimal, maklumat yang diperlukan merangkumi nama dan alamat e-mel; dalam kes-kes tertentu, pelanggan perlu menjawab soalan-soalan kajian mandatori mengenai data peribadi lain atau memasukkan kod program. Maklumat yang dikumpulkan melalui borang penyertaan digunakan untuk mengesahkan identiti peserta, untuk menghantar peserta pemberitahuan e-mel yang permohonan penyertaan mereka telah diterima, dan menghubungi pemenang dan/atau penerima hadiah. Olah kerana peraturan-peraturan dan syarat-syarat setiap program adalah berbeza, semua maklumat tentang setiap program adalah di paparkan dengan jelas semasa program dijalankan. Semua program dilaksanakan dengan mematuhi sepenuhnya undang-undang persekutuan dan negeri Amerika Syarikat. Boingo telah dan berhak mengadakan program rujukan atau program yang serupa dengannya, seperti program “Beritahu Teman”. Program “Beritahu Teman” membolehkan pelanggan menerima kredit untuk setiap individu (seorang “Rujukan”) yang, akibat daripada rekomendasi mereka, menjadi pelanggan. Untuk seorang pelanggan mendapatkan perkhidmatan sebulan percuma di bawah program ini, (1) Rujukan mesti menjadi pelanggan Boingo Unlimited dan kekal sebagai seorang pelanggan Boingo Unlimited untuk tempoh melebihi 31 hari; (2) Rujukan bukan seorang pelanggan Boingo yang sedia ada; dan (3) Rujukan tidak boleh seorang individu yang pernah dikemukakan kepada program “Beritahu Teman” oleh orang lain. Pelanggan sedia ada memberikan alamat e-mel Rujukan, dan Boingo menghantar mesej e-mel kepada Rujukan dari e-mel pelanggan yang memberikan rekomendasi, memaklumkan mengenai perkhidmatan Boingo. Apabila Boingo mengumpul maklumat penggunaan (seperti jumlah dan kekerapan kunjungan ke Laman Web ini), kami biasanya menggunakan data ini dalam bentuk agregat. Sebagai contoh, data agregat ini memberitahu kami seberapa kerap seorang pengguna menggunakan bahagian-bahagian Perkhidmatan tertentu, agar kami boleh menambah baik Perkhidmatan agar ianya lebih menarik kepada seberapa ramai pengguna yang mungkin. Kami juga berhak memberikan maklumat agregat ini kepada rakan-rakan kongsi kami; rakan-rakan kongsi kami boleh menggunakan maklumat tersebut untuk memahami seberapa kerap dan bagaimana pengguna menggunakan Perkhidmatan kami, supaya mereka juga boleh menyediakan perkhidmatan yang optimum untuk anda. Di antara anda dan Boingo, anda adalah pemilik maklumat yang anda berikan kepada Boingo di bawah Perjanjian ini, dan anda boleh meminta ianya dipadamkan pada bila-bila masa. Selain itu, anda memberikan Boingo hak tidak eksklusif, tidak boleh ditarik balik di seluruh dunia, untuk selama-lamanya, diserahhakkan, disublesenkan, berbayar sepenuhnya dan penggunaan bebas royalti untuk menyalin, menyediakan kerja terbitan, menambah baik, mengedar, menerbitkan, mengeluarkan, mengekalkan, menambah, memproses, menganalisis, dan mengkomersialkan, dalam apa cara sekalipun yang diketahui pada masa ini atau didapatkan di masa akan datang, apa-apa maklumat yang anda berikan, secara langsung atau tidak langsung kepada Boingo, termasuk tetapi tidak terhad kepada, mana-mana kandungan yang disumbangkan pengguna, idea-idea, konsep, teknik dan/atau data yang anda serahkan kepada Boingo, tanpa memerlukan apa-apa persetujuan lagi, notis dan/atau pampasan kepada anda atau mana-mana pihak ketiga.

Maklumat Geografi Lokasi

Apabila anda menggunakan perkhidmatan Boingo pada peranti mudah alih (seperti komputer riba atau telefon pintar), Boingo berhak mengumpul dan/atau mengesan maklumat lokasi geografi tertentu yang dihasilkan daripada penggunaan perkhidmatan Boingo seperti corak penggunaan, corak perjalanan, kunjungan tapak Laman Web, corak trafik dan maklumat mengenai lokasi geografi anda. Boingo berhak menggunakan maklumat pengesanan dan lokasi ini untuk tujuan statistik atau perniagaan yang berkaitan dengan penambahbaikan, penawaran produk dan perkhidmatan dan untuk menguruskan rangkaian dan sistem kami dengan lebih cekap.

Kuki, Penjejakan Web dan Kawalan Akses Media

Untuk mengesan trafik pada pelayan mereka, laman-laman web selalunya akan menyimpan fail data yang kecil pada cakera keras anda dan/atau peranti apabila anda mengunjungi laman web mereka. Fail ini lebih dikenali sebagai “kuki.” Fail kuki mengandungi maklumat pengguna yang tertentu, seperti ID pengguna, atau ia boleh digunakan untuk mengekalkan sambungan dengan anda semasa kunjungan anda (supaya anda boleh melawat laman-laman web tanpa perlu menaip semula maklumat yang sama berulangkali). Boingo menggunakan kuki untuk mengesan corak trafik pelanggan, untuk mengekalkan sambungan semasa lawatan anda dengan kami, untuk mengesan pilihan anda, dan untuk mendiagnosis masalah pada pelayan kami dan mentadbir Laman Web kami. Kuki boleh memberikan gambaran data demografi atau lain-lain secara diselindungkan, data berkaitan dengan  anda yang anda diberikan secara sukarela kepada kami, contohnya, alamat e-mel anda, yang boleh kami kongsi dengan pembekal data yang diolah dalam bentuk tidak boleh dibaca manusia. Kuki membolehkan anda untuk mengakses semua bahagian Laman Web Boingo, dan digunakan untuk menyimpan ID Pengguna anda di halaman daftar masuk (kami mengenkripsikan ID Pengguna untuk keselamatan tambahan). Di samping itu, fail kuki membantu kami memberikan anda penyelesaian kepada permasalahan navigasi, fungsi atau prestasi Laman Web. Rakan-rakan kongsi kami juga menggunakan “kuki” mereka sendiri. JIKA ANDA TIDAK MAHU KUKI WEB DILETAKKAN DI KOMPUTER ANDA, ANDA BOLEH UBAH TETAPAN PELAYAR ANDA UNTUK MENOLAK KUKI WEB, DAN ANDA FAHAM BAHAWA CIRI-CIRI TERTENTU LAMAN WEB INI MUNGKIN TIDAK BERFUNGSI DENGAN BAIK TANPA BANTUAN KUKI WEB. JIKA ANDA MENOLAK PEMASANGAN KUKI WEB DI KOMPUTER ANDA, ANDA BERTANGGUNGJAWAB UNTUK SEBARANG KERUGIAN AKIBAT HILANG FUNGSI. Kami tidak mempunyai kawalan ke atas penggunaan kuki rakan-rakan kongsi kami atau tidak mengesan perlaksanaan dasar mereka dan dengan nyata menolak apa-apa tanggungjawab di atas sebarang maklumat yang dikumpul atau dikesan oleh mereka. Laman-laman web mungkin mengandungi fail elektronik yang dipanggil “isyarat laman web” yang membolehkan laman web untuk mengesan pengguna yang telah mengunjungi halaman tersebut atau untuk mengakses kuki tertentu. Boingo berhak menggunakan isyarat laman web dalam cara-cara tertera berikut: Boingo berhak menggunakan isyarat laman web di dalam Laman Web kami untuk mengesan pelanggan kami yang mendaftar di salah satu lokasi hotspot kami.
  • Boingo berhak menggunakan isyarat laman web di dalam Laman Web kami untuk memenuhi keperluan kempen-kempen akses yang bertaja atau promosi lain.
  • Boingo berhak menggunakan isyarat laman web untuk mengesan di peringkat manakah pelanggan telah meninggalkan proses pendaftaran untuk meningkatkan pengalaman pelanggan.
  • Boingo berhak menggunakan isyarat laman web untuk mengesan pelanggan yang mengunjungi Laman Web kami melalui iklan atau enjin carian.
  • Boingo berhak menggunakan isyarat laman web untuk menyampaikan iklan kepada pelanggan selepas mereka meninggalkan Laman Web kami.
Boingo juga merekodkan alamat KAM (Kawalan Akses Media), IDFA, ADID dan nombor pengenalan peranti dari kad rangkaian di dalam atau yang digunakan oleh komputer anda atau peranti lain untuk membolehkan Boingo melaksanakan fungsi pengebilan dengan tepat dan di dalam urusan perniagaan yang biasa.

Maklumat Yang Dikumpul dari Laman Web Lain dan Dasar Penolakan Jejakan

Melalui kuki yang kami letakkan pada pelayar atau peranti anda, kami mengumpul maklumat mengenai aktiviti dalam talian anda selepas anda meninggalkan Perkhidmatan kami. Sama seperti mana-mana maklumat penggunaan lain yang kami kumpulkan, maklumat ini membolehkan kami untuk menambah baik Perkhidmatan ini dan menyesuaikan pengalaman dalam talian anda, dan selainnya sebagaimana yang dinyatakan dalam Dasar Privasi ini. Pelayar anda mungkin menawarkan anda pilihan “Penolakan Jejakan”, yang membolehkan anda untuk memberi isyarat kepada pengendali laman web dan aplikasi web dan perkhidmatan (termasuk perkhidmatan pengiklanan berdasarkan tingkah laku) yang anda tidak mahu operator tersebut mengesan aktiviti dalam talian anda yang tertentu dari semasa ke semasa dan/atau berbagai laman web yang berlainan. Perkhidmatan kami tidak menyokong permintaan Penolakan Jejakan pada masa ini, yang bererti kami mengumpul maklumat mengenai aktiviti dalam talian anda di kedua-duanya, iaitu semasa anda menggunakan Perkhidmatan dan selepas anda meninggalkan Perkhidmatan kami.

Penggunaan dan Pendedahan Maklumat

Kecuali seperti yang dinyatakan dalam Seksyen ini, Boingo tidak akan mendedahkan apa-apa maklumat peribadi, kontak, kewangan, sejarah pengebilan, atau lokasi geografi anda – untuk mana-mana organisasi lain melainkan (1) anda memberikan Boingo, secara jelas dan spesifik, kebenaran terlebih dahulu (contohnya, jika anda memilih untuk turut serta di dalam tawaran penaja daripada salah satu daripada rakan-rakan kongsi kami), (2) pendedahan maklumat diwajibkan oleh undang-undang atau proses undang-undang yang dibenarkan oleh mahkamah yang mempunyai bidang kuasa yang berwibawa, (3) Boingo mengesyaki penipuan oleh pelanggan yang melibatkan Boingo, dalam mana Boingo berhak menyiasat dan melaporkan sebarang bukti, termasuk maklumat peribadi, kepada pegawai-pegawai penguatkuasa undang-undang dan mahkamah dalam proses untuk mendapatkan remedi undang-undang dan ekuiti, dan/atau (4) anda membuat pertanyaan, permintaan atau aduan yang memerlukan tindakan susulan dan kami berkongsi maklumat anda dengan orang lain untuk melayani pertanyaan anda. Tertakluk kepada syarat-syarat dasar privasi ini, kami berhak mendedahkan maklumat anda kepada para pekerja, para kontraktor, syarikat-syarikat gabungan, para pengedar, para peniaga, para penjual dan para pembekal kami yang memproses maklumat bagi pihak kami, mengambil bahagian dengan kami dalam penyediaan atau pengendalian Laman Web kami atau menyediakan perkhidmatan kepada anda. Kami mungkin menggunakan maklumat anda dalam bentuk agregat, atau berkaitan dengan rakan kongsi kami, para penerbit, para pengiklan atau laman-laman web yang berkaitan. Boingo boleh memilih untuk membeli atau menjual aset atau syarikat, atau bergabung dengan atau ke dalam syarikat-syarikat lain. Di dalam jenis transaksi seperti ini, maklumat pelanggan biasanya adalah merupakan salah satu aset perniagaan yang akan dipindahmilik. Juga, jika Boingo (atau asetnya) dibeli, atau jika Boingo menamatkan perniagaannya, muflis, atau melalui beberapa perubahan kawalselia yang lain, Maklumat Peribadi akan menjadi salah satu aset yang dipindahmilik kepada atau diperolehi oleh pihak ketiga. Kami berhak mengirim anda email tentang produk dan perkhidmatan yang kami percaya mungkin menarik minat anda. Jika anda ingin memilih untuk tidak menerima bahan-bahan pemasaran daripada kami, sila ikuti arahan di bahagian bawah setiap e-mel untuk keluar dari senarai. Sila ambil perhatian bahawa jika anda tidak mahu menerima notis undang-undang daripada kami, notis undang-undang tersebut masih akan mengawalselia penggunaan anda untuk Perkhidmatan ini, dan anda bertanggungjawab untuk menyemak notis undang-undang tersebut untuk sebarang perubahan. Di dalam keadaan di mana Boingo dan rakan kongsi bersama-sama mempromosikan perkhidmatan Boingo, Boingo berhak memberikan rakan kongsi tersebut maklumat tertentu, seperti nama dan e-mel, hanya dengan tujuan untuk membolehkan Boingo dan rakan kongsi tersebut membuat penilaian promosi. Boingo berhak menghubungi pelanggan atau pengunjung Laman Web mengenai status akaun dan perubahan kepada dasar privasi ini dan apa-apa dasar lain atau perjanjian yang berkaitan dengan pengunjung Laman Web. Boingo mungkin menggunakan maklumat anda untuk mendedahkan maklumat ringkasan kepada rakan kongsi strategik dan rakan kongsi perniagaan. Ianya disediakan dengan menggabungkan data-data dari pelbagai individu dengan nama dan identifikasi lainnya dipadamkan. Boingo juga berhak membuat laporan agregat demografi pengguna dan corak lalu lintas. Maklumat ini boleh digunakan untuk berunding dengan pembekal perkhidmatan yang berupaya melengkapkan perkhidmatan Boingo atau membantu kami dalam usaha kami untuk mengembangkan asas pelanggan kami. Kami membenarkan pengiklan dan/atau rakan kongsi  (“Pengiklan”) untuk memilih maklumat demografi pengguna yang akan melihat iklan dan/atau tawaran promosi mereka dan anda bersetuju untuk kami memberikan mana-mana maklumat yang kami telah kumpulkan daripada anda di dalam bentuk yang tidak boleh mengidentifikasi anda secara spesifik kepada Pengiklan, agar Pengiklan boleh memilih penonton yang sesuai bagi iklan dan/atau tawaran mereka. Contohnya, kami mungkin menggunakan fakta bahawa anda sekarang berada di San Francisco untuk menunjukkan iklan atau tawaran perniagaan-perniagaan di San Francisco, tetapi kami tidak akan memberitahu perniagaan-perniagaan tersebut siapakah anda secara spesifik. Pengiklan berhak memaparkan iklan di Laman Web ini atau Perkhidmatan kami, yang mungkin mengandungi ciri-ciri yang membolehkan anda untuk memasukkan alamat e-mel anda. Jika anda memilih untuk memasukkan alamat e-mel anda untuk iklan ini, anda bersetuju bahawa kami akan mengirim alamat e-mel anda kepada pengiklan pihak ketiga yang berkenaan; Dasar Privasi ini tidak terpakai di dalam amalan pengumpulan dan penggunaan pengiklan tersebut, oleh itu, sila semak dasar privasi mereka sebelum memberikan alamat e-mel anda dengan cara ini.

Membetulkan dan Mengemaskini Maklumat Anda

Sebagai pelanggan Boingo, anda mempunyai kawalan penuh maklumat yang kami kawalselia dalam menyediakan perkhidmatan kepada anda. Anda boleh menukar maklumat anda pada bila-bila masa dan seberapa kerap yang perlu melalui aplikasi urus-diri yang boleh diakses di: https://my.boingo.com. Anda juga boleh meminta data diubah atau dipadamkan (permintaan untuk memadamkan maklumat tertentu mungkin memerlukan penutupan akaun) dengan menghubungi nombor berikut: Dari Amerika Utara: 1-800-880-4117 Dari UK: Tempatan 0-203-450-6554 Panggilan Percuma (caj yang dikenakan operator mudah alih berbeza-beza) 0-800-032-6793 Operator berpengkalan di AS + 1-800-880-4117 Dari Jepun: Softbank Telecom 0061-010-800-8804-1170 KDD 001-010-800-8804-1170 NTT 0033-010-800-8804-1170 Operator berpengkalan di AS + 1-800-8804-1170 Dari India: + 1-1310-405-8806 Dari luar Amerika Utara, UK, Jepun dan India: 00-800-2646-4646 Maklumat mengenai pelanggan boleh disimpan atau dikecualikan daripada pemadaman jika ianya diwajibkan oleh undang-undang, merupakan sebahagian dari penyiasatan kes penipuan atau diperlukan untuk tujuan perakaunan dan audit. Di bawah Kod Sivil California Seksyen 1798.83-1798.84, penduduk California berhak untuk mendapatkan dari kami notis yang mengenalpasti kategori-kategori Maklumat Peribadi yang kami kongsi dengan rakan-rakan sekutu kami dan/atau pihak ketiga untuk tujuan pemasaran, dan menyediakan maklumat kontak rakan-rakan sekutu dan/atau pihak ketiga tersebut. Jika anda seorang yang bermastautin di California dan ingin mendapatkan salinan notis ini, sila hantar permintaan bertulis kepada: legal@boingo.com.

Dasar Keluar Senarai

Jika anda telah memberikan kami satu cara untuk menghubungi anda, kami boleh menggunakan cara tersebut untuk berkomunikasi dengan anda. Sebagai contoh, kami mungkin akan menghantar tawaran promosi bagi pihak perniagaan lain, atau berkomunikasi dengan anda mengenai penggunaan Perkhidmatan. Boingo secara automatik akan mendaftarkan pelanggan ke dalam senarai untuk menyediakan maklumat kepada Boingo, dan juga peluang yang berasingan untuk memilih masuk ke dalam senarai untuk perkhidmatan jejakan lokasi tertentu, atau menerima komunikasi daripada kami dan rakan-rakan kongsi kami. Pada bila-bila masa, pelanggan boleh menghubungi Boingo untuk menarik diri daripada mana-mana promosi, program, perkhidmatan jejakan lokasi atau pertandingan kami melalui pautan berikut: https: //c01.client.boingo.com/unsubscribe/unsubscribe.app. Selain itu, pelanggan boleh memilih untuk tidak memberikan maklumat tertentu apabila mendaftar untuk perkhidmatan Boingo atau ketika mengambil bahagian dalam beberapa program dan kajiselidik, walaupun memilih untuk tidak memberikan maklumat tertentu boleh membantutkan keupayaan kami untuk melengkapkan proses pendaftaran anda. Sila ambil perhatian bahawa jika anda tidak mahu menerima notis undang-undang daripada kami, notis undang-undang tersebut akan masih mengawalselia penggunaan anda untuk Perkhidmatan ini, dan anda bertanggungjawab untuk menyemak notis undang-undang untuk sebarang perubahan.

Komitmen Kepada Privasi Keluarga Anda

Kami tidak mengumpul maklumat daripada kanak-kanak di bawah umur 13 tahun. Jika kami mendapati bahawa kami telah mengumpul maklumat peribadi kanak-kanak, kami akan segera memadamnya daripada sistem kami. Kami mengesyorkan bahawa kanak-kanak yang berumur 13-17 tahun mendapatkan kebenaran ibu atau bapa terlebih dahulu sebelum mengakses perkhidmatan Boingo atau menghantar maklumat kepada Boingo atau sesiapa sahaja dalam talian. Jika anda berumur di bawah 13 tahun, mohon jangan mendaftar untuk Perkhidmatan atau menghantar apa-apa maklumat mengenai diri anda kepada kami, termasuk nama, alamat, nombor telefon atau alamat e-mel. Tiada sesiapa yang di bawah umur 13 tahun boleh memberikan apa-apa maklumat peribadi kepada kami atau ketika sedang menggunakan Perkhidmatan ini. Sekiranya kami mendapati bahawa kami telah mengumpul maklumat peribadi daripada kanak-kanak di bawah umur 13 tahun tanpa persetujuan ibu atau bapa, kami akan memadam maklumat tersebut secepat mungkin. Jika anda percaya bahawa kami mungkin mempunyai apa-apa maklumat daripada atau mengenai kanak-kanak di bawah umur 13 tahun, sila hubungi kami di legal@boingo.com.

Langkah-Langkah Keselamatan

Maklumat akaun anda dilindungi oleh Identifikasi Pengguna dan kata laluan yang unik yang dikeluarkan khusus untuk anda. Identifikasi Pengguna dan kata laluan ini perlu dirahsiakan kerana ia adalah kunci untuk mengakses maklumat yang dipegang oleh Boingo mengenai anda. Jika komputer anda atau peranti lain yang anda gunakan boleh diakses melalui atau oleh orang lain, sila daftar keluar daripada Laman Web Boingo sebelum anda meninggalkannya. Aspek keselamatan juga disediakan pelayar web anda, yang menyokong versi enkripsi 40, 56 atau 128-bit  bersama dengan protokol keselamatan SSL (Secure Socket Layer). Boingo telah mengambil langkah-langkah perlindungan dalaman untuk mengurangkan kemungkinan pendedahan maklumat secara tidak sengaja dan akses yang tidak diingini (meskipun adalah mustahil untuk menghapuskan kemungkinan ini sepenuhnya). Secara amnya, semua kakitangan, kontraktor dan syarikat-syarikat lain yang diambil bekerja oleh Boingo adalah secara kontrak diwajibkan, melalui perjanjian kerahsiaan yang ditandatangani, memastikan maklumat peribadi anda adalah sulit dan tidak menggunakannya dalam mana-mana cara lain daripada apa yang perlu untuk melaksanakan kerja-kerja mereka untuk Boingo. Pelanggaran dasar ini boleh mengakibatkan penamatan kontrak untuk para pekerja, pemansuhan obligasi kontrak untuk para kontraktor dan syarikat-syarikat lain, dan hukuman sivil dan jenayah jika perlu dan yang dikenakan oleh undang-undang. Walaupun Boingo menggunakan langkah-langkah yang munasabah untuk melindungi keselamatan maklumat anda, tiada langkah-langkah keselamatan adalah kebal, dan Boingo tidak memberi menjamin maklumat anda akan kekal sulit. Perkhidmatan ini mungkin mengandungi pautan ke laman web lain. Kami tidak bertanggungjawab terhadap dasar-dasar dan/atau amalan privasi di laman web lain. Apabila mengikuti pautan ke laman web lain, anda harus membaca dasar privasi laman web tersebut.

Keselamatan Rangkaian Pihak Ketiga

Oleh kerana perkhidmatan kami bersifat global, terdapat lokasi-lokasi di mana anda tidak dapat mengakses Wi-Fi Rangkaian Boingo. Di tempat-tempat ini, anda boleh (1) secara manual mencari rangkaian pihak ketiga yang ada dan, jika perlu, berikan persetujuan kepada Syarat-syarat Perkhidmatan atau lain-lain perjanjian klik-lintas; atau (2) menyambung kepada rangkaian Wi-Fi orang lain secara automatik dengan menggunakan kemudahan Boingo Wi-Finder jika anda telah memilih untuk menggunakan ciri ini. Sila lihat Soalan Lazim kami untuk maklumat lebih lanjut mengenai pilihan-pilihan tersebut: