Terma Penggunaan Laman Web Dan Dasar Penggunaan Munasabah
Terma Penggunaan Laman Web

Semua kandungan di dalam laman web ini adalah dilindungi hakcipta © Boingo Wireless, Inc. Hakcipta terpelihara.

  1. Penerimaan Terma ini. Syarat-syarat berikut (“Perjanjian” ini) terpakai dengan penggunaan anda akan laman web Boingo (“Laman Web”). Bahan-bahan di Laman Web ini disediakan oleh Boingo Wireless, Inc. dan/atau anak-anak syarikatnya (“Boingo”) untuk tujuan kegunaan maklumat sahaja, dan dengan memuat turun mana-mana bahan-bahan dari Laman Web ini, anda bersetuju dengan syarat-syarat ini. Anda bersetuju bahawa dengan mengunjungi Laman Web ini atau menggunakan mana-mana Perkhidmatan Boingo (seperti yang ditakrifkan di bawah) dalam apa cara sekalipun, anda bersetuju bahawa anda telah membaca dan bersetuju untuk terikat dengan dan merupakan salah satu pihak kepada terma dan syarat di dalam Perjanjian ini. Jika anda, secara tidak bersyarat, tidak bersetuju dengan terma dan syarat di dalam Perjanjian ini, anda tidak mempunyai hak untuk menggunakan Perkhidmatan ini.
  1. Perkhidmatan dan Isi Kandungan. Laman web www.boingo.com dan nama domain dan mana-mana laman yang terpaut, ciri-ciri, kandungan, atau perkhidmatan aplikasi lain (termasuk tetapi tidak terhad kepada mana-mana perkhidmatan aplikasi mudah alih) yang ditawarkan dari semasa ke semasa oleh Boingo yang berkaitan dengannya adalah dimiliki dan dikendalikan oleh Boingo. Tertakluk kepada terma dan syarat Perjanjian ini, Boingo berhak menawarkan untuk menyediakan perkhidmatan tertentu, seperti yang diterangkan dengan lebih terperinci di Laman Web ini, dan yang telah dipilih oleh anda (bersama-sama dengan laman web tersebut, “Perkhidmatan”), semata-mata untuk kegunaan peribadi anda, dan bukan untuk penggunaan atau manfaat mana-mana pihak ketiga. Terma “Perkhidmatan” merangkumi, tanpa had, penggunaan laman web Boingo, mana-mana perkhidmatan yang Boingo sediakan untuk anda dan Kandungan (seperti yang ditakrifkan di bawah) yang ditawarkan oleh Boingo di laman web Boingo. Boingo berhak mengubah, menggantung atau menamatkan Perkhidmatan pada bila-bila masa, termasuk ketersediaan mana-mana ciri, pangkalan data, atau Kandungan. Boingo juga berhak mengenakan had ke atas ciri-ciri dan perkhidmatan tertentu atau menyekat akses anda ke sebahagian atau semua Perkhidmatan tanpa notis atau liabiliti. Boingo berhak, mengikut budi bicara mutlaknya, menyemak semula, meminda, atau mengubahsuai Perjanjian ini pada bila-bila masa dan dengan cara mana sekalipun tanpa pemberitahuan terlebih dahulu. Anda bertanggungjawab untuk menyemak dan membuat penyesuaian kepada mana-mana pengubahsuaian tersebut. Penggunaan anda akan Perkhidmatan ini, selepas pemberitahuan tersebut, boleh dianggap sebagai penerimaan anda terhadap terma dan syarat Perjanjian sebagaimana yang diubahsuaikan.

Perkhidmatan ini dan isi kandungannya adalah semata-mata untuk kegunaan peribadi dan bukan komersial dan hanya boleh digunakan mengikut syarat-syarat Perjanjian ini. Semua bahan yang dipaparkan atau digunakan di dalam Perkhidmatan ini (termasuk tetapi tidak terhad kepada teks, grafik, artikel, gambar, imej, ilustrasi (juga dikenali sebagai “Kandungan”, dan juga merangkumi Penyerahan Pengguna (seperti yang ditakrifkan di bawah))) dilindungi oleh hakcipta. Anda hendaklah mematuhi semua notis hakcipta, undang-undang tanda dagangan, maklumat, dan sekatan yang terkandung dalam mana-mana kandungan yang diakses melalui Perkhidmatan ini, dan tidak boleh menggunakan, menyalin, menerbitkan semula, mengubahsuai, menterjemah, menerbitkan, menyiarkan, menghantar, mengedar, mempersembahkan, memuat naik, memaparkan, melesenkan, menjual atau mengeksploitasi untuk sebarang tujuan mana-mana Kandungan atau serahan pihak ketiga atau hak milik yang tidak dimiliki oleh anda: (i) tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada pemilik masing-masing, dan (ii) dalam apa cara sekalipun yang melanggar hak mana-mana pihak ketiga.

Perkhidmatan ini dilindungi oleh hakcipta sebagai karya kolektif dan/atau kompilasi, menurut undang-undang Hakcipta Amerika Syarikat, konvensyen antarabangsa, dan lain-lain undang-undang harta intelek. Anda tidak boleh mengubahsuai, menerbitkan, menghantar, mengambil bahagian dalam pemindahan atau penjualan, menerbitkan semula (kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dengan nyata dalam Seksyen 2), membuat karya terbitan berdasarkan, mengedar, mempersembahkan, mempamerkan, atau dalam apa cara sekalipun yang mengeksploitasi, mana-mana kandungan, perisian, bahan-bahan, atau Perkhidmatan secara keseluruhan atau sebahagian darinya.

Anda boleh memuat turun atau menyalin Kandungan (dan item lain yang dipaparkan oleh Perkhidmatan ini untuk dimuat turun) untuk kegunaan peribadi, bukan komersial sahaja, dengan syarat anda mengekalkan semua hakcipta dan notis lain yang terkandung dalam Kandungan tersebut. Anda tidak boleh menyimpan sebahagian besar daripada mana-mana Kandungan dalam apa jua bentuk. Menyalin atau menyimpan mana-mana Kandungan selain daripada untuk kegunaan peribadi, penggunaan bukan komersial adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada Boingo atau daripada pemegang hakcipta yang dikenalpasti dalam notis hakcipta Kandungan ini. Jika anda membuat pautan ke Perkhidmatan ini, Boingo boleh membatalkan hak anda untuk menghubungkan melalui pautan pada bila-bila masa, mengikut budi bicara Boingo. Boingo berhak untuk meminta kebenaran bertulis terlebih dahulu sebelum membolehkan hubungan secara pautan ke Perkhidmatan ini.

Anda bersetuju bahawa semua maklumat yang disiarkan secara umum atau disebarkan secara peribadi melalui Perkhidmatan ini adalah tanggungjawab individu yang menghasilkan kandungan tersebut dan Boingo tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kesilapan atau ketidaklengkapan mana-mana kandungan. Anda faham bahawa Boingo tidak menjamin kesahihan identiti mana-mana pengguna yang berinteraksi dengan anda semasa menggunakan Perkhidmatan ini. Selain itu, Boingo tidak dapat menjamin ketulenan mana-mana data yang pengguna atau peniaga sediakan. Anda mengakui bahawa semua Kandungan yang diakses oleh anda dengan menggunakan Perkhidmatan ini adalah atas tanggungan risiko anda sendiri dan anda bertanggungjawab sepenuhnya di atas sebarang kerosakan atau kerugian yang berlaku kepada mana-mana pihak akibat daripadanya.

Dalam keadaan apa sekalipun, Boingo tidak akan bertanggungjawab dalam apa jua bentuk sekalipun terhadap mana-mana Kandungan, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, apa-apa kesilapan atau ketidaklengkapan dalam mana-mana Kandungan, atau apa-apa kerugian atau kerosakan dalam apa jua bentuk sekalipun yang berlaku berkaitan dengan penggunaan atau pendedahan kepada mana-mana Kandungan yang disiarkan, melalui e-mel, diakses, dihantar, atau disediakan melalui Perkhidmatan ini.

  1. Lesen Tunggal, Terhad. Kandungan Laman Web ini dilindungi oleh undang-undang Amerika Syarikat dan undang-undang dan perjanjian hakcipta di seluruh dunia. Hakcipta semua bahan di Laman Web ini dipegang oleh Boingo. Kecuali sebagaimana yang dinyatakan disini, tiada bahan di dalam atau yang terdiri daripada Laman Web ini boleh disalin, direproduksi, diedarkan, diterbitkan semula, dimuat turun, dipaparkan, disiarkan atau dikirim dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara sekalipun tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada Boingo. Anda boleh menyalin bahan-bahan yang diterbitkan oleh Boingo di Laman Web ini untuk kegunaan bukan komersial di dalam organisasi anda, semata-mata untuk menyokong produk dan perkhidmatan Boingo.

Lesen terhad ini tamat secara automatik jika anda melanggar mana-mana terma dan syarat. Di samping itu, Boingo boleh menamatkan lesen ini pada bila-bila masa tanpa notis di atas sebarang sebab. Selepas penamatan, anda mesti segera memusnahkan mana-mana bahan yang dimuat turun, dicetak atau diperolehi dari Laman Web ini.

Penggunaan tanpa kebenaran mana-mana bahan di Laman Web ini mungkin melanggar undang-undang hakcipta, undang-undang tanda dagangan, undang-undang privasi dan publisiti, peraturan komunikasi dan statut-statut atau undang-undang lain, kaedah-kaedah atau peraturan-peraturan, dan boleh tertakluk kepada liabiliti sivil dan/atau penalti jenayah.

  1. Penafian Umum Laman Web. Walaupun Boingo telah cuba untuk memberikan maklumat yang tepat di Laman Web ini, Boingo tidak bertanggungjawab di atas ketepatan maklumat, yang mungkin mengandungi ketidaktepatan teknikal atau lain-lain, pengabaian atau kesilapan tipografi. Boingo boleh menukar mana-mana maklumat atau bahan-bahan lain di Laman Web ini pada bila-bila masa tanpa notis. Boingo tidak membuat sebarang komitmen untuk mengemaskini bahan-bahan atau maklumat di Laman Web Anda menggunakan Laman Web ini atas tanggungan risiko anda sendiri.

Boingo tidak mempunyai hubungan khusus atau kewajipan fidusiari dengan anda. Anda mengakui bahawa Boingo tidak mempunyai kawalan ke atas, dan tidak berkewajipan untuk mengambil apa-apa tindakan mengenai: pengguna yang mempunyai akses kepada Perkhidmatan ini; apa Kandungan yang anda akses melalui Perkhidmatan ini; kesan Kandungan yang mungkin ada keatas anda; bagaimana anda tafsirkan atau menggunakan Kandungan; atau tindakan yang mungkin anda ambil akibat dari penggunaan Kandungan. Anda melepaskan Boingo daripada semua liabiliti akibat daripada anda memperolehi atau tidak memperolehi kandungan daripada Perkhidmatan ini. Perkhidmatan mungkin mengandungi, atau mengarahkan anda ke laman web yang mengandungi maklumat yang sesetengah individu mungkin menganggap sebagai mengganggu atau tidak sesuai. Boingo tidak membuat pernyataan mengenai apa-apa kandungan yang terkandung di dalam atau melalui Perkhidmatan ini dan Boingo tidak bertanggungjawab di atas ketepatan, pematuhan hakcipta, kesahan atau tatasusila bahan yang terkandung dalam atau melalui Perkhidmatan ini. Boingo tidak membuat sebarang representasi atau memberi jaminan di atas ketepatan sebarang deskripsi di mana jua di dalam Perkhidmatan ini, atau mengenai cadangan atau saranan perkhidmatan atau produk yang ditawarkan atau dibeli melalui Perkhidmatan ini. Produk dan perkhidmatan yang dibeli (sama ada mengikuti atau tidak mengikuti saranan dan cadangan) disediakan “SEADANYA” tanpa sebarang jaminan dalam apa juga bentuk oleh Boingo atau individu lain melainkan jika, berkaitan dengan orang lain (sahaja), melainkan dibuat dengan nyata dan jelas secara bertulis oleh pihak ketiga yang telah ditentukan untuk produk atau perkhidmatan tertentu.

PERKHIDMATAN, KANDUNGAN, LAMAN WEB, PRODUK DAN PERKHIDMATAN YANG DIPEROLEHI MELALUI PERKHIDMATAN INI DAN SEBARANG PERISIAN DISEDIAKAN “SEADANYA”, TANPA JAMINAN SEBARANG JENIS, SAMA ADA NYATA ATAU TERSIRAT, TERMASUK, TANPA HAD, JAMINAN KEBOLEHDAGANGAN TERSIRAT, KESESUAIAN UNTUK TUJUAN TERTENTU, KETIDAKLANGGARAN HAK ATAU PENGGUNAAN PERKHIDMATAN TIDAK AKAN TERGANGGU ATAU BEBAS RALAT. BEBERAPA NEGERI TIDAK MEMBENARKAN PENGeHADAN KEPADA BERAPA LAMA JAMINAN YANG TERSIRAT AKAN SAH BERLAKU, MAKA HAD YANG DISEBUT DI ATAS MUNGKIN TIDAK BERKAITAN DENGAN ANDA. Boingo tidak bertanggungjawab bagi mana-mana ganti rugi langsung, tidak langsung, sampingan, turutan, punitif, khas atau lain-lain termasuk, tanpa had, kehilangan atau kerosakan kepada data, kehilangan penggunaan atau kerosakan kepada komputer atau sistem lain, program yang hilang atau rosak, kos barang gantian dan kehilangan keuntungan atau pendapatan, yang timbul daripada penggunaan atau ketidakupayaan untuk menggunakan Laman Web ini atau mana-mana produk atau perkhidmatan Boingo, walaupun Boingo telah dinasihatkan di atas kemungkinan kerosakan tersebut. Sesetengah negeri tidak membenarkan pengecualian atau pengehadan kerosakan sampingan atau berbangkit, maka beberapa pengehadan atau pengecualian di atas mungkin tidak berkaitan dengan anda.

  1. Indemniti. Anda akan melindungi Boingo, syarikat induknya, anak-anak syarikatnya, syarikat-syarikat yang bersekutu dengannya, para pegawai, dan para pekerjanya, dari sebarang risiko (termasuk, tanpa had, daripada semua kerosakan, liabiliti, penyelesaian, kos dan yuran guaman) dari apa-apa dakwaan atau tuntutan yang dibuat oleh mana-mana pihak ketiga yang disebabkan oleh atau yang timbul akibat daripada akses anda ke Perkhidmatan ini, penggunaan Perkhidmatan ini, pelanggaran Perjanjian ini, atau pelanggaran syarat oleh anda atau mana-mana pihak ketiga yang menggunakan akaun anda ke atas mana-mana harta intelektual atau hak-hak lain mana-mana individu atau entiti.
  1. Batasan Liabiliti. SETAKAT YANG DIKUATKUASAKAN OLEH UNDANG-UNDANG YANG BERKAITAN, BOINGO, PARA PENGIKLANNYA, ANAK-ANAK SYARIKATNYA, PARA PEMBERI LESEN ATAU PEMBEKAL ATAU PARA PEGAWAINYA, PARA PENGARAHNYA, PARA PEKERJANYA ATAU EJEN-EJEN MEREKA YANG DIPERTANGGUNGJAWABKAN DALAM APA JUA KEADAAN SEKALIPUN KE ATAS PERKHIDMATAN, RANGKAIAN BOINGO ATAU RANGKAIAN PIHAK KETIGA, SEBARANG IKLAN ATAU PERKARA-PERKARA DALAM PERJANJIAN INI DI BAWAH MANA-MANA KONTRAK, KECUAIAN, KESALAHAN YANG MEMBOLEHKAN PIHAK YANG TERJEJAS MENUNTUT GANTI RUGI, LIABILITI YANG TIDAK BERGANTUNG KEPADA KECUAIAN NYATA ATAU NIAT UNTUK MENCEDERAKAN, ATAU TEORI UNDANG-UNDANG ATAU TEORI SAKSAMA (I) UNTUK AMAUN AGREGAT MELEBIHI ATAU LEBIH BESAR DARIPADA $100 ATAU YURAN YANG ANDA BAYAR UNTUK PERKHIDMATAN DAN SEBARANG PRODUK ATAU PERKHIDMATAN YANG DIBELI MELALUI PERKHIDMATAN INI DALAM TEMPOH 12 BULAN SEBELUM TUNTUTAN BERKENAAN; (II) UNTUK SEBARANG KERUGIAN TIDAK LANGSUNG, KERUGIAN BERKAITAN, KERUGIAN PUNITIF ATAU KERUGIAN BERBANGKIT DALAM SEBARANG BENTUK; (III) UNTUK KEHILANGAN DATA ATAU KOS PEROLEHAN BARANG GANTIAN ATAU PERKHIDMATAN GANTIAN, ATAU (IV) SEBARANG HAL DI LUAR KAWALAN MUNASABAH BOINGO. BEBERAPA NEGERI TIDAK MEMBENARKAN PENGECUALIAN ATAU PENGEHADAN KERUGIAN BERKAITAN ATAU KERUGIAN BERBANGKIT, MAKA PENGEHADAN DAN PENGECUALIAN DI ATAS MUNGKIN TIDAK BEKAITAN DENGAN ANDA.
  1. Maklumat Peribadi. Maklumat yang diserahkan kepada Boingo melalui borang-borang yang disediakan di Laman Web ini atau sebaliknya adalah dikawal oleh Dasar Privasi Boingo, yang tertera di
  1. Penggunaan Munasabah. Akses anda ke dan penggunaan Laman Web ini dan/atau mana-mana produk atau perkhidmatan Boingo adalah tertakluk kepada Dasar Penggunaan Munasabah Boingo, yang terdapat di Laman Web ini.
  1. Pautan ke Laman Web Lain/Pengendorsan Produk Lain. Boingo tidak membuat sebarang representasi terhadap mana-mana laman web lain yang mungkin anda akses melalui Laman Web Boingo, atau mana-mana produk yang dinyatakan di Laman Web Boingo yang bukan produk Boingo. Apabila anda mengakses Laman Web bukan milik Boingo, anda mengakses laman web bebas yang mana Boingo tidak mempunyai kawalan atau tanggungjawab keatasnya, dan anda berbuat demikian atas tanggungan risiko anda sendiri. Keberadaan di Laman Web Boingo mana-mana pautan-pautan ke Laman Web bukan milik Boingo tidak bermakna Boingo memberi pengendorsan atau bertanggungjawab ke atas kandungan atau penggunaan laman-laman tersebut. Produk-produk yang dinyatakan di Laman Web ini yang tidak dikeluarkan secara langsung atau dijual oleh Boingo, dipaparkan untuk tujuan maklumat sahaja, dan rujukan itu tidak bermaksud pengendorsan terhadap produk atau perkhidmatan tersebut oleh Boingo.
  1. Akses ke Bahagian-Bahagian Yang Dilindungi Kata Laluan. Bahagian-bahagian tertentu di Laman Web ini mungkin hanya boleh diakses menggunakan kata laluan. Akses kepada dan penggunaan bahagian-bahagian yang dilindungi kata laluan dan/atau dilindungi adalah terhad kepada pengguna yang dibenarkan sahaja. Individu-Individu yang tidak dibenarkan untuk mengakses bahagian-bahagian tersebut di Laman Web ini yang cuba mengakses tanpa kebenaran boleh didakwa.
  1. Maklumat Produk dan Prestasi. Prestasi produk dan perkhidmatan diukur menggunakan komputer dan sistem komunikasi dan komponen-komponen tertentu, dan ianya menggambarkan secara anggaran prestasi produk dan perkhidmatan yang diuji. Sebarang perbezaan di dalam perkakasan atau perisian boleh menjejaskan prestasi sebenar, dan pelanggan perlu merujuk sumber maklumat lain untuk menilai prestasi produk dan perkhidmatan Boingo.
  1. Tanda Dagangan dan Paten. Tanda dagangan, tanda perkhidmatan dan logo yang digunakan dan dipaparkan di Laman Web ini adalah tanda dagangan berdaftar dan tidak berdaftar dan cap perkhidmatan Boingo dan para pembekalnya dan para Anda tidak diberikan, secara nyata atau tersirat, estopel atau sebaliknya, apa-apa lesen atau hak untuk menggunakan mana-mana tanda dagangan, tanda perkhidmatan atau logo yang digunakan atau dipaparkan di Laman Web ini, tanpa kebenaran bertulis daripada Boingo. Teknologi dan produk Boingo, termasuk produk-produk yang boleh dari semasa ke semasa didapati di Laman Web ini, adalah dilindungi oleh satu atau lebih paten Amerika Syarikat. Paten antarabangsa dan paten yang telah difailkan mungkin juga digunapakai di negara-negara yang berkitan.
  1. Undang-Undang Ekspot. Dengan mengakses atau menggunakan bahan-bahan di Laman Web ini, anda memberi pengakuan dan jaminan bahawa anda tidak bermastautin di, di bawah kawalan, atau warganegara atau residen mana-mana negara yang mana AS mengenakan sekatan dagangan. Anda bersetuju bahawa anda tidak akan mengeksport atau “mengekspot semula” (pemindahan) bahan-bahan dari Laman Web ini atau mana-mana produk atau perkhidmatan yang mengandungi bahan-bahan tersebut melainkan anda telah mematuhi semua undang-undang Amerika Syarikat dan kawalan eksport kerajaan asing dan mendapat kelulusan yang berkaitan. Untuk maklumat tambahan berkenaan dengan kawalan eksport Amerika Syarikat, anda boleh mengunjungi laman web Biro Industri dan Keselamatan Dalam Negeri AS di: http://www.bis.doc.gov.
  1. Hak Terhad Kerajaan Amerika. Semua produk Boingo, perkhidmatan dan penerbitan adalah bersifat komersia Setakat yang dikuatkuasakan oleh undang-undang, perisian dan dokumentasi yang tersedia untuk di muat turun di Laman Web ini adalah “Item Komersial,” sepertimana yang didefinisikan di dalam 48 C.F.R. §2.101, yang merangkumi “Perisian Komputer Komersial” dan “Dokumentasi Perisian Komputer Komersial,” sepertimana terma-terma tersebut digunakan di dalam 48 C.F.R. §12.212 or 48 C.F.R. §227.7202, mana-mana yang berkenaan. Selaras dengan 48 C.F.R. §12.212 or 48 C.F.R. §§227.7202-1 sehingga 227,7202-4, mana-mana yang berkenaan, Perisian Komputer Komersial dan Perisian Komputer dan Dokumentasi Perdagangan adalah dilesenkan kepada pengguna akhir Kerajaan Amerika (A) hanya sebagai Item Komersial dan (B) dengan hak-hak tertentu sepertimana yang telah diberikan kepada semua pengguna akhir lain selaras dengan Perjanjian ini.
  1. Tempoh dan Penamatan. Perjanjian ini berkuatkuasa sehingga ditamatkan oleh Boingo. Boingo boleh menamatkan Perjanjian ini dan akses anda ke Laman Web ini samada berkaitan dengan anda atau mana-mana pihak ketiga yang lain tanpa notis pada bila-bila masa untuk apa jua sebab. Selepas penamatan, semua hak yang diberikan dalam Perjanjian ini dengan serta merta tidak wujud lagi dan anda mesti segera menghentikan semua penggunaan bahan-bahan Laman Web ini dan memusnahkan semua salinan bahan-bahan yang anda telah muat turun dari Laman Web ini. Di samping itu, sekiranya kami menentukan, mengikut budi bicara kami, yang anda telah melanggar mana-mana terma penggunaan, kami berhak untuk menamatkan akses kepada Laman Web ini dan mengambil tindakan yang kami, mengikut budi bicara kami, merasakan sebagai sesuai. Anda boleh menamatkan penggunaan Perkhidmatan ini pada bila-bila masa. Semua peruntukan yang harus terus berkuatkuasa meskipun Perjanjian ini tamat, akan terus berkuatkuasa.
  1. Kebolehasingan. Jika mana-mana peruntukan Perjanjian ini diputuskan tidak boleh dikuatkuasakan oleh mahkamah yang mempunyai bidang kuasa keatasnya, peruntukan tersebut sama ada akan dianggap diubahsuai secara minimum yang perlu untuk menjadikan ianya boleh dikuatkuasakan, atau sebaliknya, untuk Dalam mana-mana keadaan tersebut, peruntukan yang lainnya hendaklah terus berkuatkuasa dan berkesan sepenuhnya.
  1. Undang-Undang dan Penguatkuasaan. Perjanjian ini hendaklah ditadbir oleh dan ditafsirkan selaras dengan undang-undang Negeri California tanpa mengambil kira peruntukan konflik undang-undang yang terkandung di dalamnya. Apa-apa pertikaian yang timbul daripada atau berkaitan dengan perkara-perkara di dalam Perjanjian ini hendaklah diselesaikan melalui timbang tara di Los Angeles, California, menggunakan bahasa Inggeris selaras dengan Peraturan Timbang Tara dan Prosedur Kehakiman oleh Judicial Arbitration and Mediation Services, Inc. (“JAMS”) yang dikuatkuasakan oleh seorang penimbang tara komersial yang mempunyai pengalaman yang luas dalam menyelesaikan pertikaian harta intelek dan kontrak-kontrak komersial, yang hendaklah dipilih daripada senarai para penimbang tara yang telah dipersetujui oleh JAMS selaras dengan Peraturan Timbang Tara dan Prosedur JAMS. Penghakiman ke atas anugerah yang telah diberikan boleh dibuat di mahkamah yang mempunyai bidang kuasa ketasnya, atau permohonan boleh dibuat kepada mahkamah itu untuk penerimaan kehakiman ke atas mana-mana anugerah dan perintah perlaksanaannya, sepertimana yang berbangkit. Tanpa mengenepikan yang tersebut diatas, mana-mana pihak di antara kedua-duanya mempunyai hak untuk mengambil tindakan di mahkamah yang mempunyai bidang kuasa ke atasnya, untuk mengemukan injunksi atau lain-lain pampasan pada bila-bila masa. Bagi semua maksud Perjanjian ini, pihak-pihak yang berkaitan mempersetujui bidang kuasa eksklusif dan lokasi penghakiman di Mahkamah Persekutuan Amerika Syarikat yang terletak di Daerah Selatan California. Mana-mana bahagian Perjanjian ini yang menyalahi undang-undang, tidak sah atau tidak boleh dikuatkuasakan akan dianggap diasingkan dan tidak akan menjejaskan kesahan atau kebolehkuatkuasaan peruntukan yang lainnya. Boingo boleh menyemak semula Perjanjian ini dari semasa ke semasa dengan mengemaskini pengumuman ini. Anda perlu mengunjungi halaman ini dari semasa ke semasa untuk mengkaji terma-terma dan syarat-syarat kerana ianya relevan kepada anda pada masa itu.
  1. Pelanggaran Hakcipta. Boingo komited untuk mematuhi undang-undang hakcipta Amerika Syarikat dan mengharuskan anda melakukan yang sama. Akta Hakcipta Alaf Digital 1988, 17 U.S.C. 禮 512 (c) (3) (“AHAD”) menyediakan jalan untuk pemilik bahan hakcipta yang percaya bahawa hak-hak mereka telah dicabuli di Internet di bawah undang-undang hakcipta AS. Jika anda percaya bahawa mana-mana bahan yang terkandung di Laman Web Boingo telah mencabuli hakcipta anda, anda perlu memaklumkan kepada Boingo dakwaan pelanggaran tuntutan hakcipta anda dengan mengikuti prosedur yang tertera Boingo akan memproses semua notis dakwaan pencabulan hakcipta dan akan mengambil tindakan yang sewajarnya seperti yang dikehendaki oleh AHAD dan mana-mana undang-undang harta intelek. AHAD memerlukan semua pemberitahuan tuntutan pencabulan hakcipta dihantar kepada ejen Boingo yang dilantik:
    Jabatan Undang-Undang
    Boingo Wireless®, Inc.
    10960 Wilshire Blvd.
    Tingkat 23
    Los Angeles, CA 90024
    e-mel: legal@boingo.com

Untuk lebih berkesan, pemberitahuan itu hendaklah dibuat secara bertulis dan mengandungi maklumat berikut (AHAD, 17 U.S.C. § 512 (c) (3)): (i) tandatangan fizikal atau elektronik seseorang yang telah diberi kuasa untuk bertindak bagi pihak pemilik hakcipta; (ii) Identifikasi bahan-bahan hakcipta yang didakwa telah dicabuli hakciptanya; (iii) Identifikasi bahan-bahan yang didakwa telah mencabuli hakcipta yang lain dan ianya perlu dibuang atau akses kepada bahan-bahan tersebut perlu disekat serta maklumat yang mencukupi bagi membolehkan Boingo mengenalpasti bahan-bahan tersebut; (iv) Maklumat kontak pihak yang mengadu; (v) Satu kenyataan yang dikeluarkan pihak yang mengadu yang menyatakan, pihak pengadu mempunyai kepercayaan, tanpa sebarang niat jahat, bahawa penggunaan sepertimana yang telah diadukan di dalam notifikiasi pengaduan adalah tidak dibenarkan oleh pemilik hakcipta, agen-agennya, atau undang-undang; (vi) Satu kenyataan bahawa maklumat dalam pemberitahuan itu adalah tepat, dan di bawah peruntukan penalti sumpah palsu, bahawa pihak yang mengadu diberi kuasa untuk bertindak bagi pihak pemilik hak eksklusif tersebut yang dilaporkan sebagai telah dilanggar haknya.

Sekiranya anda sedang menggunakan Perkhidmatan yang berkaitan dengan peranti Apple, Inc. (“Apple”) atau aplikasi Boingo diperolehi melalui Apple App Store (secara kolektif, penggunaan sedemikian adalah selepas ini dikenali sebagai “Permohonan”), yang berikut hendaklah terpakai:

  • Anda dan Boingo mengakui bahawa Perjanjian ini dibuat di antara anda dan Boingo sahaja, dan tidak dengan Apple, dan Apple tidak bertanggungjawab di atas Aplikasi atau Kandungan;
  • Permohonan ini adalah dilesenkan kepada anda atas dasar tidak eksklusif, tidak boleh pindah milik, terhad, tidak boleh disublesenkan, semata-mata untuk digunakan berkaitan dengan Perkhidmatan ini untuk, penggunaan peribadi, persendirian, bukan komersial, tertakluk kepada semua syarat-syarat dan syarat Perjanjian ini sepertimana ianya terpakai ke atas Perkhidmatan ini;
  • Anda akan hanya menggunakan Aplikasi ini bersama dengan peranti Apple yang anda miliki atau yang anda mempunyai kawalan keatasnya;
  • Anda memperakui dan bersetuju bahawa Apple tidak berkewajipan  sama sekali untuk memberikan apa-apa perkhidmatan penyelenggaraan dan sokongan berkaitan dengan Permohonan itu;
  • Sekiranya Aplikasi ini gagal memenuhi mana-mana jaminan yang berkaitan, termasuk yang tersirat oleh undang-undang, anda boleh memberitahu Apple perihal kegagalan tersebut; setelah menerima pemberitahuan tersebut, kewajipan tunggal Apple kepada anda adalah untuk membayar balik harga pembelian Applikasi ini kepada anda, jika ada;
  • Anda memperakui dan bersetuju bahawa Boingo, dan bukan Apple, berkewajipan untuk menangani apa-apa tuntutan yang anda atau mana-mana pihak ketiga mungkin ada, berkaitan dengan Applikasi ini;
  • Anda memperakui dan bersetuju bahawa, sekiranya wujud pendakwaan pihak ketiga bahawa  Aplikasi ini atau pemilikan dan penggunaan Aplikasi ini oleh anda telah mencabuli hak harta intelek pihak ketiga, Boingo, dan bukan Apple, berkewajipan untuk menyiasat, membuat pembelaan, menyelesaikan dan membuat pelepasan ke atas mana-mana tuntutan pelanggaran hak tersebut;
  • Anda memberi pengakuan dan jaminan bahawa anda tidak berada di dalam sebuah negara yang tertakluk pada sekatan Kerajaan AS atau yang telah ditetapkan oleh Kerajaan AS sebagai sebuah negara yang “menyokong pengganas”, dan bahawa anda tidak disenaraikan di mana-mana senarai Kerajaan AS sebagai pihak yang dilarang atau dikenakan sekatan;
  • Anda dan Boingo mengakui dan bersetuju bahawa, dalam menggunakan Aplikasi ini, anda akan mematuhi mana-mana syarat pihak ketiga yang berkaitan dengan Perjanjian ini yang boleh menjejaskan atau terjejas dengan penggunaan tersebut; dan
  • Anda dan Boingo mengakui dan bersetuju bahawa Apple dan subsidiari-subsidiari Apple adalah benefisiari pihak ketiga kepada Perjanjian ini, dan atas penerimaan anda terhadap Perjanjian ini, Apple akan mempunyai hak (yang dianggap sebagai telah menerima hak tersebut) menguatkuasakan Perjanjian ini terhadap anda sebagai benefisiari pihak ketiga.

Dasar Penggunaan Munasabah
Semua Pelanggan Perkhidmatan dan pengguna Laman Web ini dan/atau Perisian bersetuju dan mesti mematuhi Dasar Penggunaan Munasabah ini (DPM). DPM bertujuan untuk meningkatkan penggunaan Internet dengan menghalang kegunaan secara tidak munasabah. Kami tidak secara aktif memantau penggunaan Perkhidmatan ini di dalam keadaan biasa. Begitu juga, kami tidak mengamalkan kawalan editorial atau semakan semula ke atas mana-mana kandungan di Laman Web ini, penghantaran mel elektronik, kumpulan berita atau bahan-bahan lain yang dicipta atau diakses di atas atau melalui Perkhidmatan ini. Walau bagaimanapun, kami berhak memindah keluar, menyekat, menapis atau menyekat, membatasi dengan apa cara sekalipun mana-mana bahan yang, mengikut budi bicara kami, menyalahi undang-undang, boleh mendedahkan Boingo kepada tanggungan liabiliti atau melanggar terma-terma DPM ini. Boingo berhak bekerjasama dengan pihak berkuasa undang-undang dan/atau pihak ketiga dalam penyiasatan mana-mana perbuatan yang disyaki perlakuan jenayah atau kesalahan sivil. Pelanggaran terma-terma DPM ini boleh menyebabkan, samaada, penggantungan atau penamatan akses kepada Perkhidmatan ini dan/atau akaun Boingo, atau tindakan lain seperti yang dinyatakan di bawah. Apabila pelanggan menggunakan Perkhidmatan ini, pihak ketiga yang mana Boingo telah mendapat hak akses penggunaan perkhidmatan HotSpot, melaluinya Perkhidmatan ini digunakan, adalah benefisiari pihak ketiga kepada DPM ini.

Anda bertanggungjawab untuk semua aktiviti anda yang berkaitan dengan Perkhidmatan ini. Apa-apa aktiviti yang berupa penipuan, penganiayaan, atau jika tidak, aktiviti-aktiviti yang menyalahi undang-undang boleh dijadikan alasan untuk penamatan hak anda untuk mengakses atau menggunakan Perkhidmatan ini. Anda tidak boleh menghantar atau menyiarkan, atau menyebabkan supaya diposkan atau dihantar, apa-apa bahan komunikasi atau permintaan yang direka atau yang bertujuan mendapatkan kata laluan, maklumat akaun, atau maklumat peribadi dari mana-mana pengguna lain di dalam Perkhidmatan ini. Penggunaan Perkhidmatan ini untuk menceroboh mana-mana rangkaian komputer, memecah kata laluan atau kod enksripsi keselamatan, pemindahan atau penyimpanan bahan-bahan yang dilarang (termasuk bahan yang boleh dianggap mengancam atau lucah), atau melibatkan diri dalam apa-apa aktiviti haram, adalah dilarang. Anda tidak dibenarkan menggunakan Maillist, Listserv, apa jua bentuk auto-responder, atau “spam” di dalam Perkhidmatan ini, atau mana-mana proses yang berjalan atau diaktifkan semasa anda tidak terdaftar masuk ke Perkhidmatan ini, atau pun yang mengganggu proses kerja atau memberikan beban yang tidak munasabah ke atas infrastruktur Perkhidmatan ini. Di samping itu, penggunaan secara manual atau automatik, mana-mana perisian, peranti, atau proses-proses lain untuk “menjalar”, “menyagat” atau “melelabah” mana-mana bahagian Perkhidmatan ini adalah dilarang. Anda tidak boleh menyahsusun, melakukan kejuruteraan berbalik, atau sebaliknya untuk cuba mendapatkan kod sumber Perkhidmatan ini. Anda bertanggungjawab untuk pegangan, pemfailan, dan melaporkan semua cukai, duti dan penilaian kerajaan lain yang berkaitan dengan aktiviti anda yang berkenaan dengan Perkhidmatan ini.

Anda faham dan bersetuju bahawa Boingo mempunyai hak mutlak untuk membuat keputusan sama ada anda melanggar mana-mana sekatan yang dinyatakan dalam Seksyen ini, dan mempunyai budi bicara mutlak mengenai tindakan yang akan diambil berkaitan dengannya.

Berikut merupakan contoh-contoh pelanggaran DPM. Anda bersetuju untuk tidak menggunakan Perkhidmatan ini untuk:

  1. menghantar mana-mana bahan (dengan cara memuat naik, mengirim, e-mel atau sebaliknya) yang menyalahi undang-undang, mengancam, menganiaya, mengganggu, memfitnah, lucah, memfitnah, menceroboh privasi orang lain, berupa kebencian perkauman, etnik atau sebaliknya;
    menganiaya, atau cuba untuk memnganiaya, kanak-kanak di bawah umur dalam apa jua cara sekalipun;
    3.   menyamar sebagai mana-mana individu atau entiti atau menyatakan secara tidak benar atau sebaliknya yang memberikan gambaran yang salah tentang hubungan anda dengan seseorang atau entiti; memalsukan tajuk atau sebaliknya memanipulasi pengenalan untuk menyembunyikan sumber mana-mana bahan yang dikirim melalui Perkhidmatan ini;
    4.   mengirim mana-mana bahan (dengan cara memuat naik, menyiarkan, e-mel atau sebaliknya) yang anda tidak mempunyai hak untuk mengadakannya di bawah mana-mana undang-undang atau di bawah hubungan berkontrak atau fidusiari (seperti maklumat dalaman, maklumat proprietari dan sulit yang diketahui atau diberikan sebagai sebahagian daripada hubungan pekerjaan atau di bawah perjanjian kerahsiaan);
    5.   mengirim mana-mana bahan (dengan cara memuat naik, menyiarkan, e-mel atau sebaliknya) yang melanggar mana-mana paten, tanda dagang, rahsia perdagangan, hakcipta atau hak proprietari mana-mana pihak;
    6.   mengirim (dengan cara memuat naik, menyiarkan, e-mel atau sebaliknya) apa-apa pengiklanan yang tidak diminta atau tidak sah, bahan-bahan promosi, “mel sampah”, “spam”, “surat berantai”, “skim piramid” atau mana-mana bahan berupa penawaran;
    7.   mengirim apa-apa bahan (dengan cara memuat naik, menyiarkan, e-mel atau sebaliknya) yang mengandungi virus perisian atau sebarang kod komputer, fail atau program yang direka untuk mengganggu, membinasakan atau menghadkan fungsi mana-mana perisian atau perkakasan komputer atau peralatan telekomunikasi;
    8.   menggendalakan aliran biasa mana-mana dialog, menyebabkan skrin untuk “skrol” lebih cepat daripada kadar menaip pengguna Perkhidmatan ini, atau bertindak dengan cara yang mempengaruhi secara negatif kemampuan pengguna lain untuk berinteraksi dalam masa nyata;
    9.   mengganggu atau menggendalakan Perkhidmatan ini atau pelayan atau rangkaian yang berhubung dengan Perkhidmatan ini, atau tidak mematuhi mana-mana syarat, prosedur, polisi atau peraturan rangkaian yang berkaitan dengan Perkhidmatan ini;
    10.   dengan sengaja atau tidak sengaja tidak mematuhi mana-mana undang-undang negeri, kebangsaan atau antarabangsa atau tempatan yang berkaitan, termasuk tetapi tidak terhad kepada, peraturan yang diisytiharkan oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat, mana-mana peraturan Bursa kebangsaan atau sekuriti yang lain, termasuk tetapi tidak terhad kepada, Bursa Saham New York, Bursa Saham Amerika atau NASDAQ, dan mana-mana peraturan yang mempunyai kuasa dari segi undang-undang;
    11.   “mengekori secara senyap” atau sebaliknya mengganggu orang lain; atau mengumpul atau menyimpan, atau cuba untuk mengumpul atau menyimpan, data peribadi mengenai pihak ketiga tanpa pengetahuan atau persetujuan mereka;
    12.   menjual semula Perkhidmatan ini tanpa kebenaran Boingo;
    13.   menggunakan Perkhidmatan ini sebagai pengganti untuk akses Internet di kediaman atau secara komersial atau untuk pemindahan data bervolum tinggi, terutamanya pemindahan data bervolum tinggi yang berterusan, penghosan pelayan web, pelayan IRC, atau mana-mana pelayan lain.

Boingo meminta supaya sesiapa yang mempercayai bahawa terdapat pelanggaran terma-terma DPM untuk menyalurkan maklumat kepada: service@boingo.com
Jika ada, sila berikan maklumat berikut: (1) alamat IP yang digunakan semasa pelanggaran terma dilakukan; (2) tarikh dan masa pelanggaran terma berkenaan, termasuk zon masa; dan (3) keterangan tentang pelanggaran terma tersebut. Untuk melaporkan isu mengenai kiriman e-mel yang tidak diminta, sila sediakan salinan mesej e-mel tersebut dengan tajuk penuh yang biasanya akan memberikan semua data di atas. Keadaan-keadaan lain akan memerlukan kaedah yang berbeza untuk menyediakan maklumat yang diperlukan.

Boingo berhak mengambil mana-mana satu atau lebih daripada tindakan yang berikut, atau tindakan lain yang tidak disenaraikan, mengikut budi bicara Boingo, sebagai respon kepada aduan: (1) mengeluarkan amaran: bertulis atau lisan; (2) menggantung akaun Pelanggan; (3) menamatkan akaun Pelanggan; (4) mengenakan caj ke atas Pelanggan atau pengguna untuk kos pentadbiran dan/atau caj pengaktifan, dengan kos pentadbiran yang minimum; atau (5) mengambil tindakan undang-undang untuk memberhentikan pelanggaran terma dan/atau untuk mengutip ganti rugi, jika ada, yang disebabkan oleh pelanggaran terma tersebut.