Soalan Lazim
Sila semak terma pelan Boingo anda dalam e-mel Alu-aluan Selamat Datang kami untuk butiran lebih lanjut.
S. Di manakah saya boleh menyambung ke Boingo?
J. Kami memiliki lebih daripada 1 juta pusat sambungan global di lapangan terbang, hotel dan pusat konvensyen, kafe, kedai jualan dan banyak lagi! Anda boleh menjejaki pusat sambungan yang boleh diakses dengan melayari wifi.boingo.com atau memuat turun aplikasi Boingo Wi-Finder.
S. Berapakah peranti yang dibenarkan dalam akaun pada satu masa?
J. Had peranti untuk kebanyakan akaun adalah empat peranti, dan mungkin melibatkan sebarang kombinasi telefon pintar, tablet dan laptop.
S. Siapakah rakan perayauan Boingo dan siapakah mereka?
J. Kami berada di mana sahaja! Atau sekurang-kurangnya kami cuba. Kami mempunyai perkongsian dengan operator pusat sambungan di Amerika, Eropah, Timur Tengah, Afrika dan Asia Pasifik. Ini termasuklah AT&T, Time Warner Cable (TWC), T-Mobile, Orange, BT Wifi, NTT Docomo, Telin dan China Mobile, di antara yang lain.
S. Bagaimana saya menyambung ke Boingo?
J. Anda boleh menyambung di pusat sambungan Boingo di bawah nama rangkaian “Boingo Hotspot” dalam tetapan Wi-Fi peranti anda. Terdapat tiga cara untuk menyambung:
- Melalui pelayar apabila disambung ke Boingo (sebuah halaman akan dilancarkan).
- Aplikasi Boingo Wi-Finder.
- Boingo Passpoint, dengan memuat turun profil passpoint.boingo.com ke peranti anda untuk menyambung secara automatik (mestilah di pusat sambungan dibolehkan Passpoint).
S. Apakah Boingo Wi-Finder?
J. Boingo Wi-Finder ialah aplikasi yang menyimpan maklumat log masuk akaun anda supaya anda boleh menjejaki pusat sambungan berhampiran anda dan menyambung dengan mudah.
S. Di manakah saya boleh memuat turun aplikasi Boingo Wi-Finder?
J. Aplikasi Boingo Wi-Finder tersedia untuk dimuat turun melalui Boingo.com, iTunes, Google Play dan Windows Store.
S.Apakah Boingo Passpoint?
J. Boingo Passpoint membolehkan sambungan automatik, pantas dan selamat di pelbagai lapangan terbang dan 150,000 TWC pusat sambungan Passpoint di seluruh negara dengan tiada log masuk diperlukan, sama seperti berada di rumah! Hanya muat turun profil Boingo Passpoint ke peranti anda untuk menyambung di pusat sambungan dibolehkan Passpoint.
S. Di manakah saya boleh memuat turun profil Boingo Passpoint ke peranti saya?
J. Anda boleh memuat turun dengan melayari passpoint.boingo.com dan mengikut langkah-langkah untuk memuat turun. Ia hanya mengambil masa satu minit!
S. Bagaimanakah saya boleh menetapkan semula kata laluan saya?
J. Anda boleh menetapkan semula kata laluan anda dengan melayari di sini dan mengikuti arahan.
S. Bagaimanakah saya boleh menguruskan akaun saya?
J. Pelanggan boleh menguruskan akaun mereka dengan melayari di sini.
S. Saya mempunyai banyak soalan. Bagaimanakah saya boleh menghubungi Boingo?
J. Sokongan e-mel tersedia dengan menghantar mesej kepada support@boingo.com.